Mini Kakom 2012

| |

Assalammualaikum,

Fuhh, setelah tengok tarikh last post terasa macam 3 bulan dah tak meluahkan perasaan kat blog yang ala-ala suram suram kelabu nih. Hewhewhew. Maaflah blog, tuan anda ni sangat tidak berkesempatan untuk mencoret walaupun sebaris ayat kerana mempunyai kekasih hati lain di matrik ehh bukan ada assignment yang banyak gila maaf -___-

Dah dah jom mulakan coretan sepanjang 3 bulan haha terasa gila lama ok cukup mari mulakan cerita sepanjang 3 bulan peristiwa di matrikulasi. Oh sebenarnya kat matrik baru ja habes minggu Mini Kakom, ala-ala sukan tahunan la kiranya. Dan aku mewakili negeri 5 iaitu macam blok A5, B5, (blok perempuan) dan C5 (lelaki) kiranya smua 5 ja! so ada 5 negeri aja.

Btw, minggu Mini Kakom ni kami, ahli tekwando terdiri 14 org ahli dikerah haha ayat tak bole belah, untuk jadi urusetia kejohanan tekwando. Hanya Allah saja tahu betapa sibuk, penat, stress nya kami time nih.


Geng-geng urusetia yang sibuk bebenor.


 Lepas 2,3 hari pesiapan semua segala benda yang memang memenatkan semuaa huh ayat pun dah tak betol nih, tibalah hari Kejohanan Taekwando KMPP 2012! Wahhh..

Ni si faiz la nih amik gambar yang kurang sopan tapi upload pi lah sebab xdak gambar dah. Ni semua peserta kena regangkan otot sebelum nak bertumbuk


Aisyah and me, MC for the day ;)


Ni bajet ala-ala wartawan yang buat ramalan kaji cuaca tiap2 malam haha.


 Fuhh, diorang nih nampak ja badan kecik molek sekali start lawan amik kawwww den pun takot nak lawan ngan diorang nih hehe. Actually, dia ada kategori2 nya macam lelaki ngan perempuan saiz S, M, dan L.


Antara penyokong hafifi eh terperasan pulak penonton kejohanan tekwando. Classmate sebenarnya haha. 


Konon busy la tuh kira markah semua kann. Keseluruhannya memang best ngan gempak ahh semua peserta time tuh. Walaupun negeri 5 menang sikit acara tapi not bad lah menang jgk pingat kan huhu.

Bila habes semua acara aktiviti bergambar amat perlu di kalangan urusetia sebelum sesi nak simpan balik semua benda -___-"

Meh sini kalau nak rasa penumbuk kitorang. Padahal hilang ganas bila flash kamera keluar terus kontrol ayu semua haha. 


Pengarah Matrikulasi Penang la konon bersama ajk2 haha. Btw, memang best arh dapat kerjasama sama dgn korang smua sama2 susah payah, sama2 stress, sama2 penat lelah. Besttt!


Lepas habes tekwando terus gi sokong acara lain pulakk.Biasaa laa bab-bab sokong negeri sukan masing-masing memang tenaga kinetik dia luar biasa sikit hehe. Gilaa tak sokong Negeri sukan masing-masing!



Cewah, suka la tuh zana jadi urusetia bola baling kan hehe ;)


========================================================================

Ohh, coretan kali ini tak berenti di sini sahaja disambung lagi sebab nak balas dendam lama tak tulis haha. Ok lepas habes urus tekwando hari Ahad, hari Selasa ada pelawanan golf pulak. And yes, aku wakil negeri 5 pada kali ini walaupun -____-


 Antara peserta golf negeri 5~ wuhuuuuuuu macam mengikut ketinggian susunannya! yang dua dari kiri tuh satu manager kami dan satu lagi couch kami. So, peserta 5 ja. Btw, manager memang macam manager zaman koboi kan :) dan kulit aku agak terbakar gara-gara turun prektis golf tiap2 hari =___=


Haaa, ni memang penyokong setia kami. Thanks zuzu and zana. Love u :) 

And this Alia! our jurugambar of the day.! hehe. Thanks Alia yang tidak jemu-jemu tangkap gambar acara golf nih hehe

 Nampak tak aksi ngan rumput ja lebih terbang kemain tapi bola pegi jauh ekk. Dapat dibanggakan jugak laa. Actually, acara golf ni ada 5 acara long distance, nearest to line dgn apa lg  entah lupa hewhewhew

Manager yg sangat supportive :)

Walaupun negeri 5 tidak bwak balik pingat hahaha lawak la tapi pengalaman dan all the memories will stick together until my last breath guys! :D Thats all for this loooong entry. See u guys later.


p/s : Malam rabu lepas majlis penutupan dan Negeri 3 menang tahun nih! Tahniah :)

0 Responses on "Mini Kakom 2012"

Post a Comment