DINNER PDT SEM IV (MATRIKS PENANG)

| |

Assalammualaikum, ada orang tak??

Perghhh, memang berhabuk habis lah belog aku ni sebab lama tak update kan! Dah 2 bulan since the last post was about sarapan sihat hari exam. Sila baca dan amalkan breakfast tersebut sebab with that i managed to get a good result! I mean seriusly goooood result! Alhamdulillah. Hehe.

Oklah, sebenarnya kehidupan aku kat matrikulasi penang dah nak habis dah pun. Tinggal lagi 2 minggu sahaja. Kiranya next week study week and the following week will be my final exam. Ohh, sungguh gerun. Actually, aku dua tahun kat matrik nih (which is i am PDT student) dah ajarkan aku macam- macam sangat. Seriusly, macam-macam. Sumpah la sapa tak sedih nak tinggal kawan-kawan, kenangan lagi. Perghh..

Tapi takpa hidup mesti di teruskan ewahhh. So, bagi memeriahkan lagi saat-saat akhir kitorang kat matrik nih, budak PDT has arranged a dinner for us. Rasanya budak DH yang bagi idea dan disokong oleh budak DF dan DK. Ohh terima kasih semua.

Dinner tu macam-macam ahh dugaan mendatang semua kan. Perkara buruk usah dicerita hehe. Tapi konklusinya memang TERBAIK gila dinner malam tu! Amboih cerita belum dah konklusi haha.


So, dinner tu hari Ahad, 7.4.2013. Betolak jam 5.00 ptg kot dari Matrik ke Hotel Royal di sebelah pulau nun di seberang. Empat buah bas ko ke sana katanya. Macam banyak la pulak kan. Hmmmm biar.
kiri : alief, hizam, umair.

Kiranya kitorang betolak awal takut jem lah kan sebab Ahad lalu jambatan pulak tapi ok lah tak jem pung. Atas bas lagi tak bole tahan sebab pakcik bas siap pasang radio lagu antik punya perghh. Tangkap leleh aku dengan Alia.

Shida (babyku ahaks marah boifren dia) and me yooo!

Sesampai ja kat sana, letak beg, baju kat bilik yang disediakan amboih ayat, terus pegi ke KFC makan dulu. Tengok punya kebulur padahal nak makan lagi malam tuh. Ish ishh. Ye laa mana boleh tahan KFC depan hotel aja. Pergh!

Alia and Zulaykha, maaf saja blur muka :)
Kamilah geng yang dinamakan "The Geng Lift" sebab selalu turun naik main haha. 

Lepas je balik melantak, kitorang solat Maghrib berjemaah yaa terus tukar baju yang mengikut tema. Takdak lah ikut tema sangat. Mana la pandai aku nak mengikut temanya haa! Tak salah tema "GLAMOUROUS" haiyooo!

Aku and the geng lift turun besiap kat restroom bawah memandangkan perghhh padat bilik yang the lelaki share untuk persalinan dan solat itu. Nak bernafas dalam bilik tu rasanya kena galas tangki oxygen sebab perghhh habes oxygen di sedut. 


Lepas daftar, terus besiap kelam kabut sebab cakap pukul 8.00 malam start, pilih tempat lagi then masuk. Decoration ballroom tu sangat nice, simple. And ofcourse the food was amazing. Padahal makan sikit sebab kenyang KFC. Menyesal T_T

The ballroom :)

Tadaaaaaaaa. Hasil sepersalinan semua mengikut tema. Walahhh. Semua handsome, cantik belaka. Perghhhh. Macam-macam style ada. Cakap ja nak apa. Dari Malaywood, Bollywood, Hollywood dan bermacam jenis wood lagi. 

Aku ceeeee bajet nak gayakan tema 60's skema badak ja entah jadi ke tidak. Rasa macam ke laut samudera dah haha.

Im with one of the hottest guy in KMPP - Fahmi/Apek. Sila mintak no fon jika mahu berkenalan ahak.
The lelaki KMPP :)
Tayangan muka zaman dolu-dolu hoook!
 And ofcourse, majlis nih kami ada jemput pensyarah jugak. Rasanya semua yang penah mengajar kami termasuk dari sem 1. Tapi memandangkan kami buat hari Ahad dan ramai lecturer yang tak dapat hadir. And, paling penting Pengarah baru KMPP datang jugak wooo! First time tengok! Macam garang je. 

Habis lah korang budak next batch 2013 sebab nanti KMPP bukan lagi se"bebas" macam kami ini huahuahuahua. 

Malam tu jugak lepas pengarah buat ucapan then barulah bermula sesi makan memakan dan tayangan video khas. Memang terbaik ahh video yang Apek/Fahmi buat beserta geng-geng depa! Perghhhh! Lawak gilaaaa.

Muka khusyuk tengok tayangan persembahan perghhh.


The Geng Lift. Hizam, Alief dan Ju. Btw, thanks to Hizam sebab most of the time dia yang dengan kamera ke hulu ke hilir jadi photograper sebab aku malas nak jalan sangat sebab sibuk dengan makanan hahaha.

Selingan itu ada persembahan nyanyian dari setiap kuliah. Aku tak la tengok sangat sebab sibuk dengan makanan dengan bergambaq aja huahua. Maaf. Perut dan bergambar harus di utamakan!

Cakap pasal makanan, antara yang sempat aku scan/rasa antaranya ialah ada ayam masak apa entah, daging, ikan, nasi, mee goreng kot, mushroom soup kot dan bermacam kot lagi. Rasa dia macam aku cakap tadi boleh-boleh laa.

Aini and Meena, wakil praktikum aku. Suara depa perghhh.

The lecturers. Antara yang penah mengajar praktikum aku :)
Perghh perghh geng hitam putih in da house yaaaww!

Girls with Cikgu Wan. Fewiiitttt.
Besfewenn kitewww. 

Aku rasa time ni semua orang tengah sibuk bergambar ehem actually budak praktikum aku ja kot sebab praktikum kami nih gila-gila sikit. Eh, gila tak bermakna study tak ok sebab praktikum (macam kelas lah) mendahului nombor satu dalam kuliah DK setiap kali exam. Maaf riak sebentar. Penampar bila jumpa ehhh.

Haaaa. Ada satu tragedi hamboi tragedi engko, katanyaaa, nampak tak bunga atas meja makan kami tuh, ala bunga putih dua kuntum tuh, dengar cakap hilang dalam 5 kuntum. Hahaha. Hilang entah sebab apa maybe sebab ada yang kebas tak penah nampak bunga kot. Tak pasal-pasal time balik lecturer kena bayar. Tak paatuttttt.

Semua nih gerpren kite jugak. Banyaknyaaa kan. Pilih.
Posing maut dengan lecturer Chemistry perghhhhh.
Yang penting malam tu jugak ada cabutan bertuah selingan dengan persembahan. Punya lah jampi serapah nombot sendiri bagi kena. First round cabutan hampeh. Takpa tunggu lagi sampai lepas pesembahan jampi lagi. Hampeh jugak. Kehampehan ini belaku sampai ke tiga kali cabutan. Sadis.

Selepas itu, kekecewaan melanda diri. Jampi di tingkatkan ke level maksimum. Akhirnya...136! Perghhh. Mengena! Tepat. Bergegas ke pentas menuntut hadiah. 

(Sila jangan mengamalkan ilmu syirik nak jampi bagai maafkan aku drama terlebih sebab mahukan rating tinggi.)

Kebetulan lecturer Bio ku, Puan Aliza yang cabut. Favourite lecturer pulak tuh. Atas pentas terus gelak ketawa dengan Puan Aliza sebab hari  tu bergosip dengan dia pasal aku nak satu tupperware minuman tuh. HAHA. Tup-tup dapat pulak. Alhamdulillah.

Muka kecewa sebelum menang cabutan bertuah. Sila percaya pada rezeki please.

Couple of the day ewahhh lawak je.
 Lepas habes penat bergembira dengan makanan dan makanan lagi dan bergambar, kiranya dah sampai malam kemuncak la kononnya, tibalah masa untuk umum King & Queen of the night. Dan jatuh kepada budak kuliah aku jugak, Khai. Perghh. Memang hensem habes lah. Queen dapat dekat budak DH, sorry tak kenal ihiks.

Tadaaaaaaa. Alia with the King of The Night, Khai.


So, lepas ja habis semua bergambar lah salaman lah terus bergegas ambik beg dan balik semula ke matrik. Memang penat ahh. Btw, we had so much fun on that night seriusly. Terasa macam sedih pulak nak tinggal semua budak PDT even on the different courses.

Tapi nak buat macam mana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. So, dua minggu yang tinggal kat KMPP ni, akan ku manfaatkan sebaiknya. Hmmmm. Oklah sampai di sini sahaja coretan bebelan. Ohh, dan wish me luck on the last exam ihikkss :) Akan ku buat sehabis baik. In shaa Allah. 


2 Responses on "DINNER PDT SEM IV (MATRIKS PENANG)"

  1. done visit here also done follow here, hit me back =) tq

Post a Comment