RESULT UPU & USM!

| |

Assalammualaikum,

Btw, tak salah rasanya nak ucapkan Selamat Berpuasa semua! (walaupun dah enam hari)

So, saja je nak kongsi pasal last week punya result UPU! Dah keluar wooooo! Memang nebes habes la sampai malam sebelum result keluar tu pun aku tak boleh tidur dah sebab cuak punya pasal. Kang takdapat sambung belajar jenuh aku kena halau rumah kang! 

Kononnya nak bangun jam 12.30 tgh hari sebab result keluar jam 12.00 ptg hari khamis lepas tup-tup mata ni boleh pulak terbangun awal. 

Masa berganti masa begitu juga mood ku yang tidak keruan dan akhirnya tepat jam 12.00 tgh hari terus cecepat check result walaupun nebes nak mampos! Dan yang buat aku sakit hati ofcourse lah website UPU yang lembab ituewww. 

Terus check guna SMS ja. Duaploh sen pulak tuh! Grrrrr. Aku tak lah mengharapkan sangat UPU sebab aku nak sangat USM Penang. Almaklomlah 30 minit dari rumah wahahaha. Lepastu terus gi website USM yang mana result dia keluar pada hari yang sama. 


Dengan segala kudrat semua tekan-tekan keyboard dan jeng jeng jeng..........................



ALHAMDULILLAH!

Yeay. Syukur sebab aku akhirnya bejaya jugak masuk USM tambahan pulak kos 1st choice aku Biology! Memang aku melompat meraung gila dapat ni. Alhamdulillah! Tak terkata bila tengok muka mak abah kakak yang happy! :)

Then, check UPU tapi malangnya ehh tak la malang sangat sebab aku tak dapat pun. Tapi takpelah bukan rezeki aku lagi nak merantau jejauh Penang kan. Matrik pun kat Penang. Wahahaha.

Antara luahan hati semua pihak sebab aku dapat dekat dengan rumah! Almaklumlah dulu kat matrik pun every week tak penah miss balik rumah wakakakaka!





Maaflah semua sebab Penang tak kasi saya keluar! Hehehehew.

Actually, sebenarnya semua ni bergantung pada rezeki Allah. Kita ni hanya mampu berusaha, doa dan tawakal jelah. Kadang-kadang kesian jugak tengok kawan-kawan aku yang ada dapat ke Sabah la Sarawak lah tapi takpa. Maybe kat sana boleh belajar benda baru! Gerenti best punya lah!

So, aku nak ucapkan tahniah kepada semua yang bejaya sambung belajar tak kira lah kat mana. Semoga kita terus bejaya! Chaiyoooooook!





4 Responses on "RESULT UPU & USM!"

  1. jauh sikit perjalan..hehe

    tak lah jauh sangat sebab seberang laut je hehehe.

    oit..kte sme u la..n sme campus plak tuuu..btw see u there..:))

    http://kisahira486.blogspot.com/

    Ohh ya kaa. Ok in shaa Allah! See u there!! :))

Post a Comment