SELAMAT TAHUN BARU!

| |

Assalammualaikum,


Selamat tahun baru 2015 peopleee! Walaupun dah 18 hari berlalu tapi enggak apa-apa dong semangat harus ada untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik. Pakar motivasi sangat! Apa-apa pun semoga tahun ni bawa lebih keberkatan, lebih ceria, dan semua yang baik untuk kehidupan kita. In shaa Allah. Amin.

Dan juga sewaktu jari mengetip punat-punat laptop ini, daku telah pun selesai/habis/finished exam final untuk semester 3 kos Mikrobiologi di USM ni. Perghh. Alhamdulillah. Rasanya dah buat yang terbaik untuk semua papers, rentak pun dah mula dapat dan in shaa Allah segalanya berserah kepada Allah saja. Usaha, doa & tawakal.

Sekarang tadaaaaa cuti semester for almost a month! Memang aku bangun, tidur, makan, tengok movie pastu sambil menternak lemak aja lah! Apa lagi nak buatkan. Kita haruslah memanfaatkan cuti kita dengan sebaiknya.

Sementara kita masih masuk tahun baru, walaupun dah berbelas hari dah, tapi aku masih nak berazam jugak. So, azam tahun ni aku nak lebih berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Cewahh. In shaa Allah. Ye la kan tahun ni dah masuk 22 tahun wehh walaupun muka tak macam 22 tahun pun kan. Kahkahkah puihh! 

Seriusly, sepanjang aku duduk di USM dari semester 1 sampai 3 ni aku rasa aku dah belajar macam-macam benda bukan dari segi pelajaran saja tapi dari segi realiti kehidupan. Aku dah rasa macam-macam sakit, putus-asa, kecewa, peraasan marah dan semualah. Tapi aku bersyukur dengan semua perasaan yang aku rasa, ia mematangkan aku dari pelbagai sudut; pemikiran, diri sendiri, emosi. Pastu dengan ada kawan-kawan yang baik sangat supportive, tolong aku masa aku susah, senang, yang selalu ada bagi nasihat. Alhamdulillah.

Okay cukuplah nak tacing-tacing bagai ni kan. Aku harap semester 4 ni akan lebih baik dan sempurna. In shaa Allah. See you soon! :)



Jom kita #terowbek sikit je apa yang belaku di semester 3. Sikit jeeee.



   Bai semester 3!
Demam, kaki bengkak ada nanah di hari pertama exam final sem 3 :(

Seprais kek untuk teacher. Sebelum tu ada scene begaduh which ketua gaduh, aku! Haha.

Persembahan kahwin tugasan hubungan etnik :)

MC for one of the USM's event.

Kaki di operate yang sangat sakit gila bangang tapi efisyen. Thanks nurses USM :)

Wefie lepas kejayaan pesembahan SHE :)


Pengguna setia Colgate dan Darlie.


Malam last day semester 3 disambut dengan party/movies night :)

Alhamdulillah. Thanks for the memories guys :) and lets create more in semester 4 okay!


8 Responses on "SELAMAT TAHUN BARU!"

  1. hahahah... ok la.. bleh kira la. selamat tahun baru. :D

    Unknown says:

    @zulhilmitempoyak Hehehe. Okk la kan. Selamat tahun baru jugak! :)

    Hahaha. Selamat tahun baru!

    KHALID says:

    eppy new year, sukses selalu :)

    Unknown says:

    @Pojiegraphyblog hahaha happy new yearr! yahooo!

    Unknown says:

    @Khalid Kyle walaupun dah lepas tetap wish kan hehe :)

    Unknown says:

    Mcm best he umh USM. :)

    Unknown says:

    @rusydi hakim memang best! :)

Post a Comment