GRADUASI: KOS BIOLOGI (TULEN), USM

| |

Assalammualaikum,

Hai lamanya tak menaip rasanya dah dekat setahun kot tak membebel dari last post kahkah. Almaklumlah lepas ja masuk final year busy dia lain macam kalah semua pekerjaan yang ada perghh. Bukan apa masuk ja final year mesti lah ada final year project yang kena ambik untuk dua semester (5 dan 6). Serius weh busy dari masuk lab, run experiment, repeat experiment, tulis thesis, repeat experiment, pergi kelas, test, exam, repeat experiment pastu pitam.

Tapi akhirnya setelah sekian lama akhirnya aku berjaya jugak tamatkan pengajian ijazah ku di Universiti Sains Malaysia selama 3 tahun dengan kos Sains (Biology) Major in Microbiology. Alhamdulillah. Rasa macam baru je aku bebel taip post pasal penat lelah dekat matrik Penang tapi tup tup dah habis degree. Hewww. Tapi bagi aku 3 tahun aku kat USM ni banyak aku belajar susah senang dan semua lah jenis perasaan yang wujud dalam dunia ni semua aku dah rasa (mostly) heheee tapi semestinya kebanyakkan yang indah-indah sahaja hahaha puihh. 

So, harini aku saja lah nak tulis summary sikit pasal kos Biology (Tulen) kat USM ni (Biology gunaan beza sikit subjek dengan tulen tapi sem 1 dan sem 2 sama saja) memandangkan result kemasukkan UPU dan USM dah keluarkan. Lagipun, aku baca balik post tahun lepas pasal review kos ni sampai empat ribu lebih views dengan pelbagai soalan, jadi meh abang terangkan ringkas je pasal subjek yang bakal dipelajari.

p/s: Macam aku cakap dalam post lepas, kami adalah batch akhir yang 3 tahun, dan sekarang dah jadi 4 tahun. Jadi, subjek mungkin ada pertambahan satu dua je kot daripada batch kitorang dan subjek tak banyak sangat nak ambik dalam satu sem tu berbanding kami yang banyak nak mampos stress lah gila okbai.

p/s/s: Batch kitorang unit untuk graduasi adalah 100 unit. Unit tu macam jam kredit lah. Kod T adalah teras di mana wajib di ambil oleh kos Biology ni, M adalah minor ikut suka korang nak ambik minor apa aku pilih psikologi je sebab senang nak skor hahaa padahal susah jugak dan U adalah universiti di mana subjek ni wajib di ambil oleh semua kos. Pasal kod ni malas lah nak terang nanti belajar lah sendiri hahahaa okbai.

p/s/s/s: Maaf grade terpaksa diblurkan sebab ko rasa subjek susah aku nak tunjuk apa yang aku dapat apa?! (Maaf teremosi, terkenang). 

p/s/s/s/s: Tertakluk kepada perubahan kalau salah jangan kecam okbai.


Semester 1
Ulasan: Semua subjek ni senang kacang je kahkahkah padahal susahhh woi! Haha. Taklah sebab aku tak suka math dan chemistry jadi dua subjek ni je kot yang agak susah (bukan agak tapi memang susah haa jaga-jaga Cik Kiah oi!) Ehh, maaf terjujur pulak. 




Semester 2

Ulasan: Masya Allah semester ni pun susah woiii sebab biochemistry dan chemistry lagi. Hahaha. Apa ja yang senang bagi Hafifi pun taktau lah.



Semester 3
Ulasan: Okay sem 3 atau tahun 2 kami dah boleh pilih major, dan aku pilih Mircobiology yang masya Allah ada masa lab report kena submit sampai 14 lab report dalam masa seminggu kahkah haa takut rileks lahh gi makan kitkat. Hmmm semester 3 ni 3 subjek teratas tu agak mencabar. Haiyooooo! 



Semester 4

Ulasan: Sem 4 ni pun agak tough sebab subjek MG, Immuno, Physio & Nutri Microbe tu lah semua punya pasal aku stress lah gilaa! (Maaf, teremosi sebab terkenang.) Oh yaa semester ni jugak aku pergi buat praktikal dalam 2 bulan setengah waktu habis sem dekat Hospital Seberang Jaya. Memang best woo kita merasa banyak benda dekat lab diorang. Praktikal ni time kami tak wajib pun tapi aku saja rasa pengalaman bekerja kan hehew. Lagi satu, sapa yang ambik microbiology tak semestinya praktikal di hospital saja memana pun boleh kedai nasi kandar pun boleh. Ikut suka!



Semester 5

Ulasan: Semester 5 dah masuk final year dan final year project telah pun bermula! 8 unit kot so buat elok-elok lah ye adik-adik. Semester ni pun okaylah tak susah mana pun kena rajin study je ewahh. Yang penting aku ambik swimming sem ni stress dengan kerja gi swimming. Aku dapat A ye untuk swimming boleh gi Olimpik di Jepun nanti okbai.



Semester 6

Ulasan: Semester akhir yahooooo! Hanya 3 subjek sajo. Walaupun rasa macam free je kan tapi jangan haraplah lab work tak siap lagi dan penulisan thesis yang maha susah dan stressnya bermula di sini. Pastu sebab bangga fyp dapat A terus nak riak tak blurkan markah hahaha. Tipsnya, please please dengar cakap supervisor, buat kerja sungguh-sungguh dan buat lebih apa yang SV kita mintak.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay itu saja lah ulasan saya pada harini. Aku malas sebenarnya nak ulas tiap satu subjek tu. Mungkin aku tulis susah tapi bagi sebenarnya tak susah pun. Baca balik semua nota-nota, buat latihan mesti A serius! (Menyesalnya tak buat sebab asyik bergembira di kala waktu). Walaupun ada orang cakap budak bio dengan buku tak dapat dipisahkan tapi kalau petang-petang tu turun lah beriadah dan kena pandai manage time dengan baik. Ye lah semuanya sendiri dik oi nak pegi kelas ikut suka hati ke tak (eleh jangan nak suka hati sangat nak lecturer bar takleh ambik exam baru padan muka).


Btw, aku ada check kat post lama pasal review biology tuh, kebanyakan google pasal "senang ke belajar kos biology di usm" dengan "peluang pekerjaan kos biology" pastu keluar blog aku yang entah apa-apa tak membantu ni hahaha. Bagi aku kalau cakap pasal susah senang tu macam aku cakap tadi lah bergantung pada diri sendiri. Semua kos susah dik yang nak membezakan susah senang cara hang study ja. Make sure study, baca nota, lebihkan baca buku rujukan kat library tu belambak sebab lebih sikit info dia. Then, pasal kerjaya tu aku rasa banyak ja bidang pekerjaan dalam Biology ni. Kita sendiri kena explore. Alaaa takpayah pikir lagi lah pasal kerja tuh. Belajar dulu, seronok lompat-lompat dulu kat uni tu pastu baru kerja. Kalau hang dapat pointer tinggi jangankan kerja, bos kepada kerja tu cari hang. So studyyyy!


Itu sajalah bebelan dari bekas budak Biology di USM ni. Have fun sapa yang dapat kos ni kat USM dan kos-kos lain di universiti kat mana-mana pun lah. Tahniah! Bukan senang nak sambung belajar. Niat tu yang penting. Kalau kita niat nak belajar kerana Allah in shaa Allah semuanya senang. Perghhhh ayat power kot!  Jadi silalah belajar elok-elok. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Bagi aku kalau aku rasa stress ka malas nak belajar ka terus ingat mak ayah kat rumah yang susah besaqkan hang habis duit semua hang nak main-main lagi ka?! (Tapi monolog dalaman je lah). Lagi satu kalau ada masalah jangan terbawak sampai taknak study elehh setakat masalah cinta tu tak mati lah tak cinta-cinta ni?! (Maaf teremosi sebab tertipu jumpa cinta di universiti tapi sebenarnya tak).

 Jadi apa pulak plan aku seterusnya? (Acecece ayat macam dalam drama pulak poooodah). Nak kerja memang taklah kan malas ahh nak kerja lagi muda lagi kot hahaa padahal cita-cita sebelum baligh nak jadi pramugara apani belajar bio?! (Maaf, teremosi terkenang lagi). Tapi in shaa Allah aku akan sambung master di USM jugak tak lama lagi doa-doakan lah ye dipermudahkan segalanya hehee amin. 


p/s/s/s/s/s/s: Jangan lupa bawak bunga dan cokelat kat aku time convocation nanti ye Oktober 2016 kalau tak dapat mai harap pos hantar rumah okbai.


Saat sebelum penghantaran thesis ke pejabat :)

Jejaka-jejaka Bio yang gembira lepas submit thesis



Maaf teriak lagi sebab terjadi Prince of Bionite pulak! Kahkahkah

2 Responses on "GRADUASI: KOS BIOLOGI (TULEN), USM"

  1. Unknown says:

    Nak jugak cetelat dgn bunga.. Hehehe

    azrai says:

    boleh saya thu minor apa yang sesuai untuk subjek ni??

Post a Comment