CUTI KU KENDURI KAHWIN SAHAJA!
Assalammualaikum,
Lamanya tak menulis rasa janggal pulakkan sejak habes matrik hujung bulan 4 hari tu hak hak hak tuih! Basically, result untuk akhir semester 4 dah keluar rasanya dah lama kot tapi sayangnya i didnt managed to score 4flat like i did on ujian semester 4. Bio & Sc Comp was good, Chemistry A- dan Mathematic ohh please. Hehe. Tapi Alhamdulillah sangat sangat sangat puas hati! So, now tunggu result UPU yg bakal keluar lagi 2 minggu! Nevesssness betol!
Baik kita lupakan pasal result seketika sebab hari ni aku terpaksa menulis which terpaksa sebab aku cuti like almost 5 bulan like do nothing, bangun pagi gosok gigi jaga Arrian Mikhael yang manja itu, ulang sampai habes cuti. So, kali ni untuk hilangkan superrr bosaaan baik menulis kan. Kali ni nak mengomel/cerita tentang "Apa yang kau buat kat rumah tak buat apa-apa yang super bosan itu"
Okay, hujung bulan 5 hari tu kitorang ada majlis kahwen kat KL, di mana wah ayat skema, abang sepupu aku nak kahwen. Kenduri dia adakan sebelah rumah Kak Fatin dulu. So, kitorang keluarga ni harus di jemputlah kan.
Kenduri kali ni Abah tak ikut sebab dia tak sihat so tugas memandu dari Penang ke KL di ambil alih oleh abang. Macam biasa aku ni kalau bab jalan jauh ni memang sangat benci. Boring nak mam*** . Kami betolak jam 5 ptg, Khamis, terus ke KLIA sebab nak ambik family auntie.
Memandangkan cuti sekolah macam biasa, jalan jem! Fuhhhhh punya laaa lama! Ekseden banyak gila. Sampai KLIA pun jam 11.30mlm rushing gila sebab takut diorang dah sampai.
Aktiviti kebosanan melanda badai~ |
Then, sesampai ja terus kitorang makan malam sebab gila lapar pastu balik rumah Mama Ct dengan Papa Ngah tidur sana sebab dekat dengan rumah pengantin esok dekat Tropicana Country Club. Majlis lepas solat Jumaat so taklah nak kelam kabut sangat kan.
The next day, pepagi tuh apa lagi kami lepas sarapan terus terjun pool! Aktiviti kegemaran. Berenang macam katak puru la apa la then siap nak pegi solat jumaat. Pastu balik je solat semua kelam kabut siap sebab majlis start 3.30pm
Sesudah terus meet up semua adik beradik pak cik makcik dekat Petronas. Then kitorang jalan sekali. Rasanya ada laa dalam 10 biji kereta. Ala jalan tak jauh mana pun pastu sampai. Tapi agak lewat dari jadual la kan sebab eheeem pepaham la jalan di KL.
bergambar itu perlu wuhuuuu. |
Sebenarnya yang lelaki ni kena jadi pembawa hantaran. Sedondon kitorang dalam sepasang baju melayu warna kelabu. Lepastu, jalan lah kitorang menuju puncak eh tak maksud ke rumah pengantin yang di sambut oleh dayang-dayang cantik ok. Serba kebaya lagi diorang. Perghhh! :)
Pihak lelaki :) |
Pihak perempuan :) |
Selesai semua kitorang pun duduklah sebab acara dah nak bermula. Almaklumlah pengantin dah tak sabar nak angkat nikah kan! Huahua. Majlis akad nikah pun nice simple. Macam yang datang pun dari keluarga semua pihak sendiri.
Amboi dok mengomel panjang pengantin nya mana! Jappppp.
Amboi cousins ni sempat pose cantik! Malaaaaaas! |
Tadaaaaaa! |
Sama cantik sama padan. Dua-dua bercinta time kerja. Dua-dua kerja doktor. Senang kalau salah sorang sakit ada yang boleh tolong rawat awwwww sweeet gitewwww. So, lepas je angkat nikah semua kitorang pun makan. Btw, congrats abang chon sekali lafaz ahaks!
Then, jam dah pukul 6 petang. Kelam kabut kami balik tukar baju sebab jam 8 pulak ada majlis berinai. Tak sempat mandi apa pun semua orang tukar baju cepat-cepat. Dah la macam kira boleh tahan jauh jugak dengan jem kan.
Okay, malamnya lepas sesiap terus begegas tak sempat rehat kata ko pegi balik dekat rumah kak fatin. Aku ingatkan majlis berinai ni macam majlis ala ko saja gegatal pegi tengok pengantin perempuan letak inai then gosip then makan then balik duhhh.
Malam berinai ni lebih kurang macam majlis renjis merenjis la bagi ahli keluarga lelaki dengan perempuan. So nanti di majlis kahwin takla lama and ramai sangat naik merenjis. Bagi pendapat aku ja majlis berinai ni tapi tak ku tahui ni sebenar tuan rumah hehehehew.
Malam berinai ni lebih kurang macam majlis renjis merenjis la bagi ahli keluarga lelaki dengan perempuan. So nanti di majlis kahwin takla lama and ramai sangat naik merenjis. Bagi pendapat aku ja majlis berinai ni tapi tak ku tahui ni sebenar tuan rumah hehehehew.
Fewiiit macam hero hindustan lahh! :D |
Time ni sebelum sampai je kat rumah kak fatin, diorang buat macam ada 3 pitstop! Wahhh, setiap tu ada bunga api. Hamboiiiii. Ni yang buat aku tak sabar nak kaween jugak walaupun calon takdak hahahaha. (Faiz if u read this, ingat jadi pengapit aku kat luar negara eheeeem!) HAHAHA.
Perghh kak fatin! Tak berat kaa?! |
Aku ni kalau bab kahwen ni lemah sikit apa tema diorang ni kan nak cakap minang kabau aku minang kabau pun tak tau kebenda. Entahla tapi apa2 pun cantik laaa. Comei gitewww. So, lepas je renjis-renjis semua, kitorang pun apa lagi makaaaaaan!
Selesai makan kitorang pun balik la semula. Padahal singgah makan lagi kan tak kenyang-kenyang ishhh. Last aktiviti kami malam tu apa lagi, mandi kolam ramai-ramai (anak-anak je) main game nama negara apa ntah. It was fun dapat bekumpul ramai-ramai. Cant wait to meet you guys back cousins!
So, the next two days ada kenduri pulak. Tulis nanti la pulak penat dah bai!
So, the next two days ada kenduri pulak. Tulis nanti la pulak penat dah bai!
0 Responses on "CUTI KU KENDURI KAHWIN SAHAJA!"
Post a Comment