#REUNION 2014 :D

| |

Assalammualaikum,

Setelah berbulan ini merupakan post pertama di tahun 2014! Selamat tahun baruuuuu! HAHA. Maaflah disebabkan kesibukan serta kemalasan terpaksa ku abaikan laman sesawang sendiri. Apa pun di tahun baru harus ada header blog dan background baru. Penat woi buat sendiri gigih walaupun selekeh dalam dunia pekomputeran ini ku gagahkan jua! Jadi hasilnya tadaaaaaaaaaa!

Oklah, pada 1.2.2014 lepas hari sabtu, kami geng sekolah dulu ada buat reunion dekat Pantai Merdeka di Kedah area Kuala Muda situ. Walaupun aku duduk ja kat Penang tapi first time kot gi sana hehe. 

Kami ni kalau buat reunion kelas rasanya sampai 4 kali setahun kot! Asal cuti ja reunion. Haha. Itulah masing-masing belajar jauh so kalau cuti mesti nak jumpa sebab rinduan melampau. Lagipun kami macam adik beradik lain ibubapa dah sebab waktu dalam kelas kena marah, denda semua sama-sama. Semua faham karakter masing-masing.

Inilah perempuan kalau berjumpa...
 Sambung balik, so kami memasing betolak pagi Sabtu bekumpul dekat sekolah lama then pegi sekali. Rasanya sejam jugak la pejalanan kat sana. Lepas ja sampai terus kitorang pilih tempat nak bekelah buat BBQ sebab kat sini ramai gila orang suka bekelah pastu mandi pantai.

Kononya kami pun nak mandi pantai sebab ada yang pesan suruh bawak baju lebih hmmmm padahal sorang pun tak bawak hahaha sebab semua jenis malu-malu kucing jaga kulit takut sunburn huhh!


Sampai kat sana terus kami buat api panggang ayam, sosej, jagung semua. Nak buat api ni proses perghhh lama kot. Bagi aku la Pantai Merdeka ni oklah sebab dia ada macam-macam kemudahan. Senang la orang yang bekelah situ nak gi toilet ka makan ka sebab ada gerai jugak.

Reunion kali ni tak ramai yang dapat join sebab masing-masing baru nak balik Penang la so rasanya ada lah dalam 18 orang yang join. Tapi takpa nanti ada lagi reunion yang bakal menyusul hehe.

Kipas cik kak jangan tak kipas!
Husna dan Dayah, jiran meja sebalah dalam kelas dulu.


Pastu kengkonon bawak belon nak buat games la sebelum nak tunggu ayam, jagung nak masak, tapi keadaan tak mengizinkan pun. Sebab pantai dia cetek sangat dengan air. Pastu batu besar banyak. Agak terbantut la. Tambah lagi time jam 12 gitu ramai dah yang datang bawak family bekelah la mandi la. Perghhhh.

So, kami pun main la tiup belon pastu pecahkan sendiri. Dan aktiviti lain ialah sesi cerita pekembangan hidup masing-masing. Haha.

Nampak sangat muka dalam sesi perbualan serius hahaha.


Menu kami banyak sebenarnya haritu tapi dah tak menyempat nak begambar kenangan semua dah masuk perut kot haha. Ada nasi lemak, nasi goreng, kudapan, kuih muih perghh.

Thanks to kengkawan jugak sebab depa urus semua benda! Aku godek-godek kaki drive gi sana makan sajoo. Tapi yang paling penting kesedapan woi. Rasa macam nak ja hari-hari buat BBQ haha.

Amar, ikhwan, & budak eksaited.
Maz menikmati air buatan ku hahaha.

 Oh tidak dilupakan kat sini jugak aku tengok ramai yang memancing. Memandangkan aku pun penah la memancing kat tengah laut dengan abah tapi aku agak konpius sebenarnya depa pancing apa dekat tepi pantai ni ek? Ketam ka kerang ka? Hmmmmm.

Kalau tengok ni belum ramai orang lagi. Jam 12, 1 macam tu penuhnya orang mandi laut! Dengan panas terik macam tu. Maybe bagi aku pelik kot sebab bukan penggemar mandi laut haha. Tapi seronok tengok aksi diorang ada yang anak kena tampar dengan ayah dia sebab berebut pelampung lah tapi bukan mendera cuma main-main je kot aku rasa hahaha.


Aktiviti selingan. Bergambar.
 Jadi waktu makan pun dah tiba bila semua selesai masak. Dalam jam 1.30 jugak kami makan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang bertungkus lumus memasak (aku pun masak jugak tapi lebih kepada test ayam dah masak belum) sedap semuanya!

Kalau diikutkan kan balik ni reunion kali kedua kami buat BBQ tepi pantai tapi dulu dekat Batu Feringghi. Lepastu tu the next year, 2013, kami pergi buat reunion kat Perak, bekelah jugak pastu reramai pegi Zoo Taiping! Ahh mengamit memori kanak-kanak waktu tu. Tengok, reunion macam aktiviti wajib kami! :)

Pekelah sebelah hehe.

Mereka juga tidak ketinggalan dengan aktiviti selingan ini.


Lepas je makan semua dah sampai waktu petang. Lama jugak ahh kami bekelah sini hehe. Yang bestnya kat sini ada ais kacang gunung salju lah apa lagi ntah mengikut gerai memasing. Perghh bertingket-tingket ais kacang dia.

Masih terngiang kesedapann! Waktu petang macam ni tak payah cakap ramainya orang macam mana tambahan pula waktu weekend lagi lah! Tapi baguslah kan bersiar-siar kat sini dengan anak-anak main layang-layang, bonding moment sangat penting! Perghh sekarang kata-kata aku taknak kalah!

The view.
Kat sini pun sebenarnya ada ja banyak chalet kat sekeliling pantai ni. So, kalau sapa nak stay sini pun boleh. Kiranya Pantai Merdeka ni macam salah satu tempat percutian untuk keluarga.
Tapi dinasihatkan siapa yang nak datang bekelah kat sini lebih baik datang awal sebab nanti tempat penuh kot! Kalau takpun makan ja kat gerai tepi-tepi tu hehe.
Rasanya kalau pegi kena tempat dan masa, macam-macam ada kot! Dah macam pasar malam kat situ. Siap ada pentas bagai untuk cabutan bertuah la apa lah.

Half of the boys.
Lepas ja sesi begambar kenangan kami pun pulang dan sempat untuk singgah makan malam hasil panggang tadi di stesen minyak sajo. Itulah cerita reunion kali ni. Walaupun ada kurangnya masa reunion ni tapi tu tak ganggu mood sebab masing-masing happy jumpa sebab lama tak jumpa.

Bagi aku sahabat adalah orang yang selalu buat kita happy, terima kita seadaanya, walaupun jauh di mata tapi dekat di hati, sentiasa bagi nasihat, dengar masalah dan macam-macam lagi. Jadi peliharalah persahabatan kita sebaiknya dan sentiasa bersyukur kepada Allah atas kurniaanya :)

“That was what a best friend did: hold up a mirror and show you your heart.”

~Dalam pada masa yang sama marilah kita berdoa untuk MH370, semoga segala urusan dipermudahkan Allah. Amin.



1 Response on "#REUNION 2014 :D"

  1. This comment has been removed by the author.

Post a Comment