ECZEMA! TOLONGG!

| |

Assalammualaikum,
Oh no! Help me! *Bajet nanges macam Zac Efron. Puihh!*
Baiklah harini rasanya macam terpanggil untuk menulis pasal satu penyakit yang mana aku sendiri hadapi iaitu penyakit kulit, Eczema. Rasanya aku selalu ja update dekat twitter pasal nak pegi cucuk lah, kaki kebas kena cucuk lah, doktor tutt ni cucuk tak hingat sakitnya lah, dan macam-macam lagi keranahnya.

So, harini rasanya baik aku share apa sebenarnya yang aku alami. Ambik kau ayat bukan main skema sikit post kalini. Dari korang Google baik aku cerita lah dari A sampai Z apa kebenda penyakit ni dan maybe ada jugak dari korang yang sedang/pernah kena penyakit ni boleh la share ye tips.Actually, Eczema ni macam aku cakap penyakit kulit yang boleh dihadapi kebiasaanya baby tapi orang dewasa macam aku pun kena jugak. Eczema juga boleh dipanggil "Atopic Dermatis" yang menyebabkan gatal dan bintik merah or red rash kat mana-mana kawasan yang dijangkiti. Paling tak syok dengar eczema ni tiada ubat woi! Kau rasa! Dan boleh dikatakan jugak macam allergic jugaklah ni. Dan ia bukanlah satu penyakit yang boleh berjangkit. No no no sama sekali! 

Macam aku cakap selalunya budak-budak yang kena tapi bila dah besar dia akan hilang sendiri. Pastu setengah orang akan start masa diorang dewasa macam aku. Haish. Pastu different people di akan affect different parts of your body dan kadang-kadang dia boleh jadi biasa-biasa je sampai lah teruk bak hang! Bagi kes aku eczema ni naik dekat tangan dulu, then kat badan ada sikit pastu tangan balik pastu muka pulak. Haishh stresss!

Bagi aku apa yang aku alami dia akan gatal-gatal, pastu kulit akan kering, dan semestinya kulit korang akan sangat sensitive telebih macam kulit baby! Aku kalau duduk tempat ber aircond yang sejuk sangat atau panas sangat aku rasa kulit aku kering dan sangat tak selesa. So, the temperature mestilah so-so yang sesuai dengan kawasan Malaysia ini. Mengada tak? Haha. So, nak tak nak memang kena pakai lotion. Then, doktor selalu pesan dekat aku jangan stress! Kalau stress memang dia akan naik balik dan yaa aku memang selalu stress ye la kan sebab study yang susah gila bak hang! Doktor selalu pesan selalu dengar lagu-lagu jiwang ke supaya jangan stress. Lagu jiwang aku hanyalah Aisheteru kumpulan Indonesia tu je. Haha.

Satu lagi tempat yang aku tak boleh duduk kawasan yang banyak debu dan segala mak nenek tokwan yang sewaktu dengannya. Memang sensitive woi! Dan yang paling penting doktor selalu pesan pantang makan macam seafood, telur, dairy products, nuts and seeds, wheat, soy products dan pelbagai lagi. Pastu yang tak tahan ayam pun doktor tak bagi makan weh! Kau rasa?! Aku hidup dengan ayam kot! Aku penah tak makan ayam 3 hari punya nak pantang, last-last aku demam weh lepastu! 

Mak aku marah kot dia cakap takyah nak pantang-pantang sangatlah. Makan je semua yang nak makan. Aku apa lagi makan je lah semua benda yang dipantang tu dan mana lah tak naik balik eczema tu kan. Haha. Lastly, doktor pesan sabun badan aku takboleh pakai yang ada jenis-jenis wangi macam Lux dan lain-lain. Dettol pun doktor tak kasi pakai sebab dia akan keringkan kulit kita. Basically, jangan pakai apa-apa yang boleh keringkan kulit. Ingat. Pastu ada lagi, aku tak boleh pakai baju yang jenis cotton yang bebulu bagai semua tu. Rasa dia macam mana ntah tak selesa. Mak aku pun terpaksa tukar pencuci baju yang lain sebab nak bagi sesuai dengan kulit aku. Haishh mengada lah kau!


Luar klinik Arun. Tepi jalan raya je.

Actually, aku rasa eczema ni aku kena baru je bulan 2 tahun 2014. Masa tu aku ada subjek kena ambik yang kena buat fieldwork dekat hutan lah pantai lah sungai lah. Balik je seminggu aku rasa gatal-gatal. Maybe sebab aku kat situ masuk hutan, pegang sana sini pastu main air pantai lagi sampai sekarang dia still ada.

So, macam mana aku merawat eczema ni? Macam-macamlah klinik aku pegi ada yang tak jadi apa pun dah la ubat sampai beratus ringgit tak bagi kesan pun. Lepastu aku cuba klinik Arun ni dekat Kulim. Bagi aku memang berkesan lah sebab dia akan inject, plus dia kasi krim dan ubat makan. Macam aku cakap eczema ni tak boleh cure tapi boleh control. So, aku ni jenis yang pelahap apa aja pastu tak ikut pantang larang memang eczema ni naik tiap-tiap bulan. Dan tiap-tiap bulan aku akan pegi inject. Alhamdulillah lepas inject dia akan surut dalam masa seminggu lebih macam tu. Sekarang ni aku rasa aku dah tak payah inject every month sebab dia dah tak naik sangat dekat tangan just sikit then muka pun selalunya dekat dahi naik tapi sekarang tak teruk sangat sikit je. Tadi pagi aku baru pegi inject sebab aku rasa gatal-gatal balik tapi alhamdulillah sebab dah sikit-sikit je dia naik. Last aku pegi inject bulan November tahun lepas.

Aku kalau pegi inject biasanya tak nak ambik ubat sebab aku ni pemalas nak makan ubat tapi kalau makan ubat lagi cepat sembuh lah. Sebenarnya, tak bagus jugak kalau pegi cucuk selalu then makan ubat sebab aku ada pergi satu klinik ni dia cakap ubat yang aku ambik tu steroid. So tak berapa bagus. Tapi aku dah tak kisah kalau gatal tu tak ingat apa dah. So, sekarang ni aku rasa macam nak jarakkan atau control sikit so tak lah aku kerap ambik injection tu. Bagi aku kalau kita makan ubat apa sekali pun tak bagus jugak sebab akan jadi toksik jugak dalam badan. Kesian buah pinggang dengan hati kita sakit nanti. So, kena pepandailah "cuci " sendiri korang pun. Minum air banyak, pergi jogging keluar peluh, makan sayuran, buah-buahan pastu detox. Hang buat tak Hafifi? Heeee.

Jadi bagi aku, klinik Arun ni kira oklah nak control penyakit kulit sebab ramai je orang datang sini. Kalau time cuti kau jangan nak datang! Ramainya sampai ke malam! So better nak pergi waktu bekerja pagi-pagi macam tu sebab tak ramai sangat. Nasib baik turn aku tadi cepat je. Minta inject then habis balik.


Diorang masa mengamalkan sistem tradisional untuk simpan rekod ye :)
Setiap kali pergi selalunya aku akan book dulu memang kalau tak lambat nak mampus. Kekerapan aku datang sini sehinggakan semua nurse dekat situ kenal aku dah haha. Kerap ke tak kerap kata ko? Kat sini dia ada dua orang jenis doktor yang memang best yang own klinik ni tapi diorang selalu tak ada. Selalu ada doktor-doktor muda yang ganti. Maybe diorang sibuk kot.

Kalau dari segi bayaran ubat pulak untuk eczema aku ni agak oklah bagi aku. Tak telampau mahal sebab aku pernah pegi klinik kulit kat Penang sumpah bapak mahal dah tu tak bekesan langsung. Aku selalu mintak injection, so range harga dalam RM60-RM70 tapi kalau full package sekali ubat makan, injection dan krim range harga dalam RM150-RM170.

Fuhh nasib baik tak ramai orang time ni.
Kalau untuk penyakit kulit yang lain pun sama rasanya harga dalam range yang itu je. Tak mahal sangat tapi bagus lah. Rasanya digalakkan untuk datang sini. Klinik ni bukak Ahad sampai Khamis, 12.30pm sampai 3.30pm rehat pastu doktor datang balik time tu. Jumaat cuti pastu Sabtu rasanya sampai petang je kot. Klinik ni area Kulim, Kedah dekat dengan masjid tapi jauh sikit. Hmmm macam mana tu? Satu lagi kalau nak pegi ambik ubat biasa macam demam ka pun boleh jugak. Nak inject vitamin C pun boleh hehe pernah buatkah? 

Buat masa ni aku ada jugak ambik vitamin dan supplement untuk control eczema ni. Alhamdulillah macam berkesan sikit. Takdak maknanya makan herbalife ke minyak kelapa dara ka semuanya nan hado. Tak berkesan pun kat aku. Qu Puteh tak try? Kau rasa?! Ada yang kena makan penampar japgi ni. Yang penting amalkan je lah apa yang aku tulis tu. Minum air banyak selalu pakai lotion dan jangan kasi kulit kering. In shaa Allah aku harap eczema ni boleh la pergi dari hidup aku nanti. Amin. Yang tengah baca ni pun amalakan je lah sekali jangan nak tunggu eczema datang baru kelam kabut. Haishh. Itu je kot dah penat menulis dah ni panjang berjela membebel pastu punggung pun still kebas. Babai.



23 Responses on "ECZEMA! TOLONGG!"

  1. baru tau..sy ingat eczema ni kena kat baby je.. mcm ruam susu kat muka tu kan..org dewasa pon kena juga ekk..

    Unknown says:

    @yoorin haah. orang dewasa pun kemungkinan kena. Ya dia macam ruam je sama je gatal-gatal. Huhu.

    saya dari tahun 2007 kena, bila injection dia hilang kejap je pastu datang balik sampai la hari ni. hanya ubat je laa dapat tenangkan -.-"

    Salam kenal.

    Ingatkan baby je kena eczema ni...org besar pun boleh kena ek...

    Tak elok selalu ambil injection sebenarmya. Yaya pun ada eczema. Punca sbb salah makan suplemen. Tapi lepas cuba Ephyra seriously makan je apa mmg tak gatal macam dulu. You should try Ephyra sekotak. Btw, yaya tak jual tau. Cuma share apa yg yaya ambil utk atasi eczema. Mana tahu berkesan utk awk jugak. :)

    Unknown says:

    @Rafzan Tomomi ye betul tu lepas inject memang akan kena balik haishh. Sabar je lah kan. Semoga kita cepat sembuh cewah amin,

    Unknown says:

    @Mrs Little Voice, Salam kenal jugak. Haah orang dewasa pun akan kena jugak. Hmmmm :(

    Unknown says:

    @Yaya_flanella, Ya itu saya setuju. Injection memang tak bagus sangat. Memang tak syorkan pun sebenarnya tapi kalau dah teruk maybe boleh kurangkan sikit. Ohh Ephyra bagus ek? In shaa Allah saya akan cuba. Thanks ye suggest! :)

    Unknown says:

    Bleh mntak nmber fon?sye ade eczema gk...

    Best bca entry awk..xpnh taw pun klinik tu ok.tqvm.

    Best bca entry awk..xpnh taw pun klinik tu ok.tqvm.

    saya pun baru kena ezcema..kena dalam umur dewasa kot..sedih... dua jari je stkat ni yg kena... jari telunjuk kiri dan jari manis kanan..paling teruk jari kiri la...smpai kering + menggelupas + luka...

    mungkin elergik dish washes Cream Cif (p tonyoh2 dapur)...huhu...

    stress pun menyebabkan eczema jugak..ada sorang lecturer saya..stress belajar naik teruk eczema dia.. jd gelap sikit kulit kt tangan dia...

    btw, thanks for sharing info...

    _Nabilah Ef_

    Salam. Apa nama ubat tu ye.. Injection apa ye

    Unknown says:

    selalu injection utk tahan gatal tu nama piriton
    kalau dah teruk sampai bengkak muka mcm aku sampai masuk wad nama dia iv hidrocoid
    aku pernah kene inj nama shincort which dia leh cover kulit kita juz for a month sjenis corticosteroids
    tp lepas jur habis sebulan merana jgkla naik jgk eczema tu huhu sedihhh

    Unknown says:

    Haha bri.. now aku tgh alamai.. mmg perit..lebih2 lg student yg dduk hostel..time mlm 3/4am mmg merana badan.. dh stahun aku kena smpai skg.. mcm2 bnda dh try.. x boleh juga.. cer kau share nama ubat yg klinik arun ni bagi..
    Aku nk try cari kat tmpat aku ni haaa..

    Unknown says:

    Assalamualaikum....jz utk info, selain dr injection, supplement or alternatif lain...sy ada penawar & ikhtiar utk eczema...atas kehendak-Nya eczema dpt dikurangkn & memulihkn...sy x dpt nk reply msg anda tp anda boleh follow fb sy rossa lieza or boleh pm sy 016-9755657 utk lebih detail - agen sah produk renoskin_medicserum...tq

    guna alovera product forever living alhamdulilah dah pulih dengan izin Allah

    ia memulihkan sel dari dalam kerana sifat alovera yg lignen alovera dah diguna sejak 4000 tahun alovera FOREVER adalah pure 100% organic dan dia adlah pengeluar alovera terbesar didunia 160 buah negara dan 40 tahun didunia contac saya berminat makanan sunnah alovera zaman nabi dipanggil assabir
    bluehyppo8797@gmail.com

    Noname says:

    Aku penghidap eczema sejak umur 23 tahun.skunk dah umur 31 tahun still kena cuma tak seteruk dlu.cuma aku tak paham apesal injection tak bagus tp korang tak provide reason. Yg aku tgk review sume positif kat internet. So bgtaular reason apesal tak bagus. Aku mmg nak beralih pada injection je pasni. Dan lagi satu admin bgtau lepas inject dia akan dtg balik? Maksudnya dtg balik tu,kembali kepada asal waktu sebelum injection atau lebih teruk dari sebelum injection? Harap boleh reapond asap.

    Noname says:

    Aku penghidap eczema sejak umur 23 tahun.skunk dah umur 31 tahun still kena cuma tak seteruk dlu.cuma aku tak paham apesal injection tak bagus tp korang tak provide reason. Yg aku tgk review sume positif kat internet. So bgtaular reason apesal tak bagus. Aku mmg nak beralih pada injection je pasni. Dan lagi satu admin bgtau lepas inject dia akan dtg balik? Maksudnya dtg balik tu,kembali kepada asal waktu sebelum injection atau lebih teruk dari sebelum injection? Harap boleh reapond asap.

    Noname says:

    Aku penghidap eczema sejak umur 23 tahun.skunk dah umur 31 tahun still kena cuma tak seteruk dlu.cuma aku tak paham apesal injection tak bagus tp korang tak provide reason. Yg aku tgk review sume positif kat internet. So bgtaular reason apesal tak bagus. Aku mmg nak beralih pada injection je pasni. Dan lagi satu admin bgtau lepas inject dia akan dtg balik? Maksudnya dtg balik tu,kembali kepada asal waktu sebelum injection atau lebih teruk dari sebelum injection? Harap boleh reapond asap.

Post a Comment