TAMAT SEMESTER 4! :)

| |

Assalammualaikum.

Yeay alhamdulillah dah habis dah semester 4 di USM! Ini bermakna hanya tinggal 2 semester saja lagi aku kat sini untuk mengharungi cabaran sebagai pelajar Mikrobiology. Fuhh, setelah penat bertungkus-lumus untuk final exam yang sangat susah weh susah tapi tak susah sangat tapi susah jugak tapi kalau baca dan hafal senang kot tapi macam mana nak ingat banyak gila kena ingat tapi tapi huhuhu sampai mati. K.

Itu lah cerita pasal final exam kitorang. Aku hanya berdoa semoga aku dapat keputusan yang cemerlang, pass semua subjek cukup hahaha. Aku nak graduate weh dengan kengkawan taknak repeat paper pastu graduate baling topi sesorang pastu topi sangkut pokok hmmm. In shaa Allah graduate on time. Semoga Allah permudahkan urusan amin. Tawakal. Okay, sekarang ni maknanya aku tengah cuti yeah bebeh cuti 2 bulan lebih sebelum semester 5 aka final year aka akan dipanggil Abang Hafifi dari budak junior awww sweet tazabar! Kahkakah!

Tapi jangan haraplah nak rehat goyang kaki kat rumahkan 2 bulan ni sebab next week dah start praktikal weh. Ahhh nak sedih ke happy? Praktikal ni tak wajib pun sapa nak buat, buatlah. So, memandangkan aku rasa aku akan bosan di rumah tak buat apa better aku pergi buat praktikal. Alhamdulillah, Hospital Seberang Jaya terima aku seadanya ohhh makasih ya. Ya la kan aku dah nak masuk final year, at least aku pergi praktikal boleh lah dapat ilmu sikit-sikit untuk aku apply dalam final year project nanti. Positive thinking lah konon. In shaa Allah harap semuanya berjalan dengan baik.

Hmmm, by the way semester 4 aku kat USM ni perghh banyak mengajar aku pelbagai benda. Sakit, jatuh, kecewa, gembira, sedih dan semua segala macam perasaan yang manusia boleh rasa aku dah rasa. Aku rasa aku bukan saja belajar pasal pelajaran kat sini tapi aku belajar pasal kehidupan. Banyak sangat. Jatuh bangunnya seorang insan yang dulunya lemah tapi sekarang alhamdulillah bangkit melangkah setapak tanpa menoleh ke belakang dan jadikan jatuhnya itu sebagai iktibar dan semangat untuk terus maju. Perghh ayat! Tapi semua ni jadi atas bantuan semangat family, kawan-kawan dan paling penting doa dan bantuan dari Sang Pencipta.

Ehh dasyat sangat ke hidup kat uni ni? Maybe siapa yang pernah rasa dia akan faham. Terbuka luasnya mata dan fikiran yang tak tercapai dek akal. Hehehe. Tapi bagi aku best je sebab aku dapat kenal siapa diri aku, kerenah manusia yang bermacam ragam dan realiti dunia yang sebenar yang menguatkan diri aku. Alhamdulillah.

Oklah itu je kot nak bebel post kalini. Semakin nak masuk final year semakin malas sebab busy gila nak update blog pun jadi malas pastu kesian nanti cucu bila baca blog atuk dia ehh kenapa skip update bulan 4, 5 ni atuk pastu aku nak bebel kat cucu atuk busy buat 14 lab report untuk dihantar dalam masa seminggu cu oi! Haishh sabar sabar. K lah nak pergi buat milo ais kaw kaw untuk berbuka walaupun ada lagi 3 jam. Bai. Selamat Berbuka!


Penghabisan semester 4 haruslah disambut dengan makan besar dan wayang. Tapi cita Poltergeist tu Nora cuma kasi 2 bintang setengah. Setengah tu pun sebab Nora hanya tekejut sikit bila ada adegan tak berapa pun cuma sound kuat kasi orang tekejut tu je kbai.




0 Responses on "TAMAT SEMESTER 4! :)"

Post a Comment