Kehidupan Baru!

| |

Salam people,

Lamanya xjenguk ke blog yang usang nih. Ye la kan aku sekarang dah sambung belajar la. Lepas habes je keja dapat tawaran belajar ke Matrikulasi Pulau Pinang. Tapi, aku dapat program 2 tahun punya bukan satu tahun. So, kiranya tahun 2013 baru la keluar hehe. 


Kat sini seriusly memang kehidupan agak busy, penat, menye"stress" kan anda ! seriusly, kalau sesiapa yang tak kuat mental maybe akan mengalami tekanan yang anda tak pernah bayangkan. Hamboi. Tapi ikut la kan sesiapa yang dah biasa hadapi semua tu maybe diorang akan rasa life kat matriks ni ok boleh serasi bersama laa.

Kat sini aku ambik modul 3 which is subjek KIMIA, BIO, MATH and SC COMPUTER plus 2 subjek tambahan iaitu KEMAHIRAN DINAMIKA dan AGAMA dimana bakal dirotatekan dengan KOKO setiap sem.  Subjek dia agak tough la jugak terutama kimia and math. kena banyak buat latihan kalau tak habess la hanyutttt. But aku suka Bio sebab dia subjek kena faham and kena hafal. Alhamdulillah, sekarang ni bio aku bole la dan kena bykkan latihan for math and kimia.  huaaa. 




 Oh, padang ! ;)


 Dan kami juga suka makan nasi lemak pakcik 4 FLAT! Nasi lemak dia boleh tahan sedaplah dan nama 4 FLAT sebab pakcik tu akan doakan kita dapat 4 FLAT bila makan nasi lemak dia! hehe. Pakcik tu seriusly sangat peramah dan periang! HUPHUP!


 OH, ni dataran kalau malam2 penuh budak2 study group! macam kami lah hehe. (padahal sembang je lebih dari study tehehe.)


 Petang2 jugak kami suka naik basikal ronda2 plus exercise hehe. Kadang2 ja.



 HEHE. kami jugak suka melepak waktu petang tepi tasek! nyaman he ;)


 Besday girl! tak tau nak beli apa just hadiahkan VITAGEN untuk pehadaman yang baik!



Kami jugak outing gi Jusco naik bus! hehe. Nadia penat sampai tetido wlaupun outing hari khamis sbb cuti penang heritage! hehe. Jumaat ptg blik rumah lagi!


Waktu malam stress2 turun bilik tv tgok drama hehe (sila abaikan muka xbole blah)

Kepada adik-adik sila jgn ikut perangai abang ni yang bila cikgu masok lambat dewan kuliah boleh tido lagi -____-"


Tempat yang harus dikunjungi bila ada waktu free untuk mereleasekan tension tiap2 petang sambil makan ais kacang kafe C!



Sebahagian kwan kelas yang happening dan baik2 alhamdulillah!

Semangat kemerdekaan Khamis lepas dah buat sambutan! Pengarah sungguh bersemangat bila sentiasa mengibarkan bendera mengikut rentak lagu merdeka pantas dan perlahan ;)






Air soya atas meja sangat sedap rm seringgit bila balik kelas wajib beli tapi selalu habes! nak minum gula merah dia je sebenarnya! hehe. manis yamis!

Salah satu sudut "pemberi semangat dan pelepasan rindu" harus diwujudkan untuk menaikkan semngat bila berada berjauhan keluarga dan kawan2 (maafkan aku gmbar kwan2 lain xda, akan diusahakan tehehe)




Walaupun rumah berada jauh hanya 30 minit dari KMPP ni, aku tetap akan balik  setiap minggu supaya dapat menghilangkan stress dan melepaskan kerinduan kepada katil di rumah hehe. Seriusly, masa masuk first week tu, sakit kepala dan nak keluar sgt dari situ sebab subjek dia yang susah dan wajib kena study 24/7! Quiz dan assignment tu perkara biasa sebab tiap2 minggu ada hehe. Lagipun, masa SPM dulu tak pernah nak study gila2 macam tu asyik tgok tv je. Sekarang baru kau tau kan kena study kan lama-lama kan.


Btw, lepas dah dapat semangat dari mummy, daddy, kakak, abg dan all friends semangat tu datang balik! sampailah sekarang ! Harap2 beterusan lah semangat tu ek walaupun tiap2 minggu slalu stress hehe. Doa2kan lah yer. Oh, doakan aku jugak dapat jawab ujian petengahan semester (UPS) selasa, rabu, khamis nih! takutt! Kena study nih hehe


Oklah, last sekali nak ucapkan selamat berpuasa kepada smua umat Islam kat Malaysia, Brunei, Indonesia dan mana-mana sahaja dan kawan-kawan jugak serta family serta semua serta errr, semulah semoga tahun penuh puasa korang penuh dan diberkati selalu.
Tahun ni terpaksa bukak puasa dan sahur tanpa keluarga disisi :( Sedeh.



*asmida/sem/budak bakal kerja dengan SIME DARBY thanks selalu dengar masalah aku tiap2 hari dan terpaksa selalu balas sms aku hehe :)

 

0 Responses on "Kehidupan Baru!"

Post a Comment