First time puasa!

| |

Assalammualaikum,

Hamboi bukan lah tajuk tu first time puasa bila umo dah cecah 18 tahun kan tapi first time puasa ala di perantauan berjauhan family. Sedih. Bukan apanya kalau tibanya bulan Ramadhan mesti akan ditunggu-tunggu untuk bersahur, bersama-sama pegi pasar ramadhan macam nak borong satu kedai, sama-sama tunggu azan berkumandang dan siren surau yang bunyi macam kebakaran berlaku, sama-sama baca doa, sama-sama berceloteh dan sama-sama bersendawa.


Hmmm, tapi tahun ni aku bakal melaluinya bersendirian tudiaa macam xdak kawan kan tapi takpe 4 hari je pun puasa di asrama lepas tu Jumaat, Sabtu, Ahad bukak puasa di rumah tehehe. So, masa first day nak puasa tu agak excited jugak la kan bangun sahur makan makanan dalam bungkusan yang dipanaskan dan boleh terus makan -__-

Masak sambal ikan sendiri padahal dalam pek je pun ;)


Then, lepas sahur tido balik hehe pastu bangun pegi kelas. First day puasa tu tak la terasa sangat sebab busy kelas kot. Lepas habes je kelas terus ke kafe beli makan untuk berbuka hehe. Rasa macam nak beli semua tapi tak pa sabar makan apa yang patut je.




Ramadhan pertama 



Dan tahun ni nak berazam akan hadiri solat terawih bersama-sama dan penuhi kesemua solat terawih. Insyaallah! (jgn hangat-hangat tahi ayam cukuplah hafifi)

 (perghh jubah! macam ustaz tak?)


 Ramadhan kedua : (telampau lapar sampai licin tak sempat ambik gambar)


(zana dengan penuh semangat bercerita sambil di amati oleh zulaykha)


 Then, hari selasa tu kami ada ujian sampai hari khamis so, lepas habes exam pukul 10 tu kami xbalik bilik dah sebab pukol 2.30 ada exam lagi so, kami lepak kat kafe belakang library sebab kami exam dalam library yang sejuk yang suhu nya tak nak kalah sampai mata kuyu sahaja titik. Lepas tu lepak dengan Zana dan Zulaykha untuk study kononya padahal cerita pasal salah silah sekolah Zana lah, macam-macam lah hehe. Tapi study jugak lah :)




 Ramadhan ketiga. (fresh orange dia sedap gila plus murah rm1.20 ) 


 Ramadhan keempat : bukak puasa dekat kafe ngan kawan2 sekolah :) menu nasi goreng pataya dan air mata kucing -__- ntah dah lupa


Ramadhan kelima dan keenam dan ketujuh : dirumah ! yeay! 


So, overall not bad lah berbulan puasa dia asrama sebab busy tak terasa lapar sangat tapi lapar jugaklah. Dan exam pulak not bad ada paper yang susah dan ada yang susah sikit. Tapi takut jugak lah nak tau keputusan yang penting final ni aku akan tambahkan usaha ye! Promise :)


Lepas habes je exam semua bilik depan yang mengadap padang semuanya diserang CHARLIE !! ni bilik Hazim yang mengeluarkan theory sila taburkan bedak diseluruh bilik kerana CHARLIE takut bau wangi. Sila sahkan theory ini. Naseb baik bilik kami ada sikit je or xada (saja nak puaskan hati hehe)


;)

0 Responses on "First time puasa!"

Post a Comment