1# MULUT, HATI & PERASAAN

| |


Assalammualaikum dan salam satu Malaysia. Bertemu kita pada rancangan baru "Kerrrlassss Kau, Kau, Kau dan juga Kau.." Saya hos anda pada hari ini dan selamanya iaitu Haf Sch haha nama tak bole belah akan menemani petang-petang anda yang tak keruan ituewwwww. Baiklah, pada episod petama ni saya sangat excited bila diberi tajuk untuk mengupas serta menceritakan pengalaman saya sepanjang menjalani kehidupan di dunia yang gah ini iaitu MULUT, HATI & PERASAAN.

Okay mulut, hati dan perasaan ni pada mandat saya la kan mmg tak dapat dipisahkan. Ia seperti berhubung antara satu sama lain. Contohnya :

"Eh, kau ni aku memang dah lama geram! Tiap kali aku nak beli karipap je mesti habis! Aku tau la kau tu badan macam tuttt!"

Haa, tengok tak ke tersentap hati penerima dialog di atas haa yop oiii. Merujuk perkara di atas, mulut penyampai mengeluarkan kata kurang enak di dengar kepada penerima dek kerana hatinya yang membara dan ketidakpuasan terhadap si pembeli karipap lalu perasaan si pembeli karipap pun mesti sedih, gelisah dan sebagainya.

Oh, begitulah contoh yg dapat saya bagikan. Merujuk pada situasi atau pengalaman saya pulak la kan, terdapat sorang kawan ni yang sangat baik tetapi saya pun sendiri tak tau apa yg dia nak sebenarnya. Mulutnya agak boleh tahan sehinggakan perasaan saya tidak dapat bertahan lalu tersentap seketika. Bukan apa tapi semua manusia ada hati perasaan dan sensitiviti yg perlu kita jaga jugak. Bukannya nak senang-senang nak sakitkan hati pastu biar macam tu. I dont know apa yang dia best sangat nak buat orang macam tu. Maybe jelous? tidakpuashati?

Kadang-kadang perkataan yang keluar dari mulutnya rasanya seperti tidak memikirkan terlebih dahulu membuatkan saya rasa jemu untuk melayan. Tapi saya sayang dia sbagai kawan saya sangat-sangat. Jadi apa yang saya lakukan hanyalah melayan orang seperti ini just keep it cool dan tidak membawa kesentapan pada hati saya kerana saya tahu di dunia terdapat pelbagai macam ragam manusia yang masih belum saya jumpa dan terokai.

 Oklah kepada penonton-penonton di luar,dalam,tepi,atas mahupun bawah rumah, saya harap anda mendapat sedikit ikhtibar pada cerita saya kalau anda jugak terdapat rakan seperti ini just bersabar, layankan je nama pun kawan, dan keep it as fun sebab nnti kat luar sana lagi macam2 perangai ada.

Oklah saya pun dah haus tekak-tekak membebel dari tadi nih so jumpa saya Haf Sch pada episod akan datang dan kalau sapa2 terasa, terasa ker?? Gooood..Jumpa lagi pada siaran akan datang assalammualaikum.

0 Responses on "1# MULUT, HATI & PERASAAN"

Post a Comment