TAMAT BOLE BALIK :(

| |


Bole balik :) sebenarnya haaa dah habes semester satu dah kehidupan di Matrikulasi Pulau Pinang yang terchintaa nye haaa yop oiii! Maksudnya, dah tamat lah peperangan aku berlawan dengan exam final yang hmmm ala-ala laaa. No comment! Really hope semua nya pass hehe. Btw, tadi petang lepas je habis exam Chemist terus balik bilik kemas semua barang cepat-cepat lempaq semua bakul, timba atas almari semua pastu bawak beg pakaian sampai dua ; letak kertas sebenarnya yang banyak, then hujan pulak -.- Takpa lah dengan gigih jugak lari lintang pukang basah lecun bawak masuk barang dalam keta asalkan bole balik :) tapi cuti 2 minggu je SEDEH!


Actually, ya life kat sini macam-macam ajar aku. Sangat banyak. Erti kesabaran, berdikari, persahabatan, kekecewaan, and you name it!  Semua benda-benda ni macam bagi aku satu suntikan untuk lebih buka mata dengan keadaan sekeliling and learn from it. Tak bermaksud kat luar sana aku tak belajar semua-semua ni tapi its different. Totally. Tapi its fun actually bila kita kena belajar semua benda baru ni dan kena adapt that things in our daily life uhh best. Macam game Jumanji dowh tetiba haha.


Dan aku jumpa pelbagai jenis ragam manusia yang karakter dia bermacam-macam. Ada macam ni macam tu. And yes, kalau kita tak suka the way he/she is tak bole senang-senang nak cakap "Eh, kau ni kenapa perangai terkinja-kinja makan dadah eh? Tukar-tukar karakter aku tak sukewww!" No. Bukan macam tu cara nya. Maybe diorang used to be like that so apa-apa pun kita just terima diorang and just go with the flow. Takkan nak duduk sopan, kontrol ayu, pebetul remoih tepeleset sepanjang waktu je kan so kita kena macam bercampur jugak. Tapi aku tak macam tu, aku terima semua orang seadanya baik ka telompat ka apa ka semua aku kawan kan kan kan! tapi tapi aku tak berapa suka dengan kadang-kadang ada org macam kontrol, bajet bukan sebab apa yaa aku tawu korang hot tapi lebih kepada "just be yourself" tu yang aku suka!


Penah jugak semester 1 kat sini, aku macam ada salah faham dengan bestfriends. Kami tak bercakap seminggu kot padahal masing-masing tak tawu apa masalahnya. Dan ya lagi aku belajar untuk tidak terus ego atau hanya berdiam diri. Kalau ada benda mesti kita kena selesaikan or terus tanya apa masalah nya.


Dan bermacam-macam lagi sebenarnya aku belajar kat Semester 1 nih. Yeah, actually its really fun. Macam-macam kenangan manis pahit yang tercipta. Eh, macam kerek pulak baru semester 1 dah komen macam-macam. Lantaklah. Aku cakap apa yang nak aku cakap je errr i mean tulis. Aku tak cakap aku perfect or whatsoever tapi marilah kita kenali diri kita, sama-sama ubah apa yang patut ke arah lebih bermanfaat or kebaikan :)



Judging a person does not mean define who they are. It defines who you are.

0 Responses on "TAMAT BOLE BALIK :("

Post a Comment