HOBI MASA LAMPAU LAH SANGAT!

| |

Assalammualaikum,

Hai semenjak dua menjak cuti nih rasa rajin pulak nak menaipkan. Duduk rumah pun tak buat gapo-gapo asyik menghabes boras omak aja. So, harini rasa macam nak mengimbau balik kenangan masa kecik-kecik, muda-mudi, kegemilangan dulu! hamboi! bahasa tinggi nampak! gemilang la sangat kau hafifi kan.

Btw, time muda-muda dulu, sekarang pun muda jugak tapi dah berumur la sikit kan, what i love to do is enter some contest!! seriusly, time tu rasanya umur 17 tahun. Hamboi 2tahun lepas youuuuu. Muda tak! -__-

Clean & Clear

Okay, the first ever contest yang aku masuk ialah "Clean & Clear''. HAHA. Cantik sangat kah kulit kau sampai masok bagai. Takla actually dia bukan evaluate pasal kulit kita pun, just made a video tempat yg paling kita nak pegi then kita dapat hadiah pecutian kita nak pegi mana dalam ASIA! Sungguhh bermurah hati pihak Clean & Clear kan!


Sebenarnya, aku masuk contest ni dengan sepupu aku. So, kami bincang-bincang kami rakam video ala-ala pegi ke Rome! Walaupun time tu shoot video guna kamera henpon kodok je. Dapat laa jugak hadiah saguhati. Agak lumayan hahahahaa.

So, bila diumum sebagai pemenang kitorang ajak la ayah aku gi KL amik hadiah yang wat kat FullHouse, Sunway Pyramid. Kitorang balik hari tak tido sana pun lagi esoknya sekolah ok! Pelajar cemerlang sangat! "tangan-dibahu-mata-ke-atas!"

 Tempat dia sungguh cute dengan their decoration ala-ala dalam taman! Nanti mesti pegi lagi! Plus their foods was really awesome!


 Kitorang last sampai! Hehe. Almaklumlah jalan kat KL ni kan jem gila. Cuba tengok akak baju biru yang penat tunggu plus akak sebelah dia dok jeling-jeling aku! Ala lewat kejap je pun hakak oiii tehehe.

Tadaaaa. All the winners. The grand prize punya pemenang haa sebelah apek dua-dua orang tuh. Opss bahasa apek hehe. Diorang punya video sangat smart! Layak untuk menang pun. Diorang pegi Korea kot kalau tak salah. Then, lepas habes semua kitorang pun balik lahh. Tunggu lagi ka!

Stabilo

Jenama pen, pensil dan pemadam kegemaran time jawab periksa selalu aku guna Stabilo! Ya, contest kedua yang aku masok untuk tahun yang sama iaitu 2010 masa form 5! time SPM lagi kan! Sempat kau kan hafifi!

Contest Stabilo ni tak tahan! Hadiah RM7000 raban oii! Sapa tak nak! Shopping ikan kat pasar seminggu tak habes wooo eh, shopping baju, beg la. Contest ni best jugak kita kena tangkap gambar dengan highlighter yang 7jam penutup tak tutup bole tahan lagi! Cee gi check kat youtube iklan tuh. So, ak mempetaruhkan gambar ini beserta caption yang cair sehingga pihak Stabilo menangis membacanya hehe.

 Tapi maaf tak bole tunjuk takot korang pengsan tengok haha.


Time ni masa perasmian contest yang buat dekat Sunway Pyramid jugak. Tapi kitorang datang dengan family stay dekat KL sehari dari Penang. Awal-awal pagi kena gi Popular Sunway Pyramid sebab nak dengar briefing bagai. Kitorang di bagi beg besaq macam beg beras lagi besar kot hehe dan wang RM700 untuk shopping apa aja hehe.

Actually game dia kira macam korang kena beli dengan duit RM 700 tu apa sahaja asalkan ada no 7 banyak! Tak kira lah harga 7hengget ka baju bentuk 7 ka. Asalkan 7 banyak! Kira macam sejajar dengan promosi highlighter yang tahan 7jam tanpa penutup tu lahh. Ish2. Dan masa pun 70  minit ja. Grrrr..



So, aku dengan adik aku split sorang RM350 untuk beli je barang yang kitorang suka. Tapi kena ada unsur 7 lah! Bayangkan korang lari satu mall pastu makcik-makcik ingat kau nak ragut beg, orang semua tengok dengan galas beg besar nya tuh! Tahan je lah. 

Ada satu insiden dimana wah ayat skema gila, aku masok kedai baju ni tanya ada tak baju harga mula dengan 7 ke hape pastu amoi ni cari lah sama aku pun. Pastu tak ada. Pastu ada ke patut dia suruh aku beli pakaian renang wanita yg harga RM79.90!! Paksa pulak tu! Grrrr. Aku kata sorry i tak pakai then terus belah! hahaha.


See, betapa besarnya beg sampai bole muat dua orang! 

Oh, ni pemenang bagi Media kategori. Diorang dari Kosmo kot. Saje borak dengan abang ni dia cakap dia dari Penang jugak wakil Kosmo penang. Lepastu cakap nanti nak photoshoot aku bagai . Eh, kau kenapa hafifi nak perasan sangat hehehe sorry terperasan pulak!

Tadaaa pemenang untuk ketegori awam! Dan macam biasa, kitorang still tak menang lagi =_= apelah naseb kan. Asyik kalahh aja hewhewhew. Tapi tapi kita dapat simpan barang yang kita beli serta duit balance tu dan naseb kita tak beli pakaian renang tu hewhewhew.

Tadaaaa lagi! Muncul dalam paper! hewhewhew. Ada satu gambar yang kitorang pegang baju biru tuh pastu fotograper ni cakap "kasi angkat itu baju tunjuk mau amik gambar" hamboi sempat lagi kau kan! masa tinggal lagi seminit time tuh! kalau disqualified time tu mmg nahas dia! sorry uncle terkutuk hewhewhew! Btw, mmg best ahh time nih!


A&W What's Your Story Contest

Eh, banyak pulak kan contest kau masok! Rajin kau hafifi! Oklah aku tau korang dah penat baca plus dengar aku membebel bebel ok ok ni last. Haa! Jom sambung! Ok, yang ni actually time tengah makan kat Sunway Pyramid time contest Stabilo tuh, aku dapat call.

"Hai hafifi! You are one of the finalist for this contest!"

Aku pun macam seriuss ke?! Dia cakap yes dan blablabla dok bebel pasal benda-benda lainnya. Lepas je letak fon, sepupu aku call! "Weh, aku dapat finalist A&W!" Aku pun macam tenganga jugak! "Seriuss! Aku pun dapat!" Blablabla dok bebel kegembiraan dua-dua orang. Actually kami masok rakam pasal pengalaman kita dengan A&W kategori video. Kategori karangan tak nak sebab aku ni lemah bab-bab menulis hehe.

Lepas rakam-rakam video terus hantar kat A&W. Dapat jugak. Plus aku dapat hadiah sampingan sebab entry aku ke 250 yang sampai ke A&W! Dapatlah tiket penerbangan ke Langkawi untuk 2org hewhewhew. Alhamdulillah syukur. Tapi tak guna pun hewhewhew -___-"


Event ni buat dekat Hotel Singgahsana. Kitorang dapat bilik untuk stay 2hari kat situ. Untungnya aku dapat bilik suite kot! Besar gila! Actually, kitorang kena betanding final untuk setiap kategori live depan orang ramai kat dewan. So, aku kena cakap atas pentas sambil tunjuk video yang kita hantar tu depan juri2.


Event hari Khamis dan Jumaat dan ofcourse ponteng sekola! Grrrr cemerlang sungguh pelajar nih! Hari khamis tu ada sesi latihan dengan pelakon yang hebat jgk la, Fauziah Nawi. Serius weh dia ajar kitorang cara-cara nak cakap, penyampaian atas pentas. Mmg superb gila dia! Dan hari jumaat lah finale bermula jeng jeng jeng!

Masa nih tengah full rehearsal. Hanya Allah je tau betapa aku gementar gila time nih. Tengok sempat aku dok menghafal skrip atas pentas tuh. Malam tu dok karang karangan sampai tertido-tido lah! Pastu dengan video aku yang diorang play tu pun sangat malu gila! hewhew

 Dato' Jalalludin Hassan, pengacara hari tuh. Dia sungguh lawak gila time mengacara and sangat friendly! Time aku naik atas pentas lepas tu dia cakap haaa, handsome boy! Haha kembang semalu aku time tuhh! Rasa macam nak turun terus haha.

 The judges! Fauziah Nawi sebagai ketua juri! Seriuss aku time cakap tak tengok langsung dia! dengan muka serius ngan garang dia. Lepas ada juri dari TV3 sapa ntah dan ramai lah. Semua hebat-hebat.

 Masa balik kampung hari tu, lepas contest nih, tokwan aku ada tanya aku,

"Eh, Boy! (wah nama timbangan yg cute) hehe, hari tu an tengok kat berita ada muka hang lah. Apa yang hang buat Boy."

Aku pun balas, "Ohh, tu saya ada masuk petandingan apa ntah hehe taknak ngaku hehe, tapi macam biasa lah an kalah -_- huahuahua."

 Antara VVIP yang hadir time tuh, yang tengah-tengah tuh - Datuk Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan! Ya Allah! Lagi lahhh aku bedebar macam orang gila atas tuh! Rasa macam nak lari keluar tukar jadi maskot bear A&W! -___-"

Grrrr..apa yang aku melambai taktau lahh -_-'' 


 Entah apa lahh yang aku dok bohong atas pentas tu pun tak tau. Yang aku tau cepat lahh habes cakap sebab aku nak belah turun dah! Lepas je giliran aku giliran sepupu aku. Time tuh dia lah peserta paling muda umo 15 tahun kot. Lagi lah dia kena buli dengan Dato' Jalal.

Then, lepas semua peserta selesai, markah kira-kira semua masa umum pemenang. First, umum kategori karangan lepas tu baru video. Cuba teka aku no berapa? Yaaa! Aku saguhati lagi! Krikkk krikk krikkk -__-" Kenapa aku asyik kalahhh!! Krikkk krikk krikk. Yang lawaknya aku dan sepupu aku dua2 saguhati. Tapi ok la dapat netbook! Weeeee.

Muka dah tak cuak lepas menangkan hehe.


Muka jeles orang sebelah menang. Haha. Tapi dia memang layak la sebab video dia sangat cute dan kreatif tema ala-ala 1Malaysia gituuu. Video aku tu ja yang layak makan penampo sebab dah la time rakam tu pastu ada moto lalu bunyi kuat! Malu dekat Datuk Nong Chik. Maafkan saya -___-

So, here all the winners from 2 different categories! Memang best ahh diorang nih. Sangat best. Friendly gila.



Lepas habes semua temu bual ewahh bajet artis korang kan, kitorang pun besurai semua sebab dah penat gila. So, petang tu dalam pukol 6 kami balik penang! Yang lawaknya aku otw tuh muntah-muntah plus demam terus kot hahaha. Keringat dah kering sangat la tuh. Lepas tu mak aku cakap, 

"Stop jangan masuk dah contest lepas nih! Tak larat dah nak datang KL tiap-tiap minggu haa! Fokus SPM sama hoii!"

Aku pun cakap "baik ibuuuu tercinta! "

Jadi , itulah saja cerita aku masa umur 17tahun yang masok macam-macam contest kan. Sekarang dah 19 tahun rasa dah tua macam masok apa2 tak menang dah huhuhu. Dan rasanya ada banyakkk lagi yang aku masuk tapi nanti lahh cerita lain dah panjang pulak entry kali ni hewhew. Ok adiossssss.





  

12 Responses on "HOBI MASA LAMPAU LAH SANGAT!"

  1. Nana says:

    wahhh..untunglahhh...seronoknya awak...

    Unknown says:

    hehe. Alhamdulillah rezeki. Tu dolu-dolu lah sekarang dah tua hewhew.

    Unknown says:

    hehehe pengalaman baru yg best :)

    FadzMeera says:

    byknya contest dia masuk :)

    Unknown says:

    hehe. banyak gila. tapi ni baru separuh je yg lain malu hehe

    pergh. rajin gila join contest. haha. tabik laa wei. XD

    Unknown says:

    hahaha, besa laa takdak keja hahaha.

    wah,seronoknyr j0in c0ntest..huhu.. :)

    Unknown says:

    hehehe. mmg best. jom join lagi klu ada lagi hehe.

    Unknown says:

    BESTNYE......BTW I B/WALKING KAT CNI..HIHII..NNTI I JLAN2 LG...

    wahhh...patutla gambar mcm budak2 lagi..haha

Post a Comment