CERITA LANGKAWI YANG PANJANG :)

| |


Assalammualaikum,

Haaaaa. Baru bole benafas sikit dan tulis coretan kisah hidup kat sini setelah sebulan tinggal. Bukan sebab tiada cerita-cerita enak hamboi ayat tapi kemalasan melanda dan juga ke"busy"an yang amat sangat. Btw, result PSPM semester 3 bagi pelajar matrik dah keluar dan alhamdulillah!  :) Will do it better for sem 4 iaitu semester akhir ohh sadisssss.

Oklah kita lupakan kisah2 lama sebentar dan teruskan dengan kisah agak lama -______- iaitu "Percutian Dua Buah Keluarga Yang Tak Berapa Besar Ke Pulau Langkawi " hambikk tajuk kalau bole panjangnya 6 harakat! *Sila baca semula tajuk ala-ala Doraemon perkenalkan barang kepada Nobita untuk impak penceritaan yang lebih maksima terima kasih, ahakss!*

Pecutian macam ni memang macam aktiviti tahunan bagi keluarga ini untuk merehatkan otak yang serabut sepanjang tahun. Kitorang pegi dengan keluarga Auntie Gee (adik abah) yang memang sangat rapat gilaaa! Sangat gila! Kitorang memang umur sama so sebab tu lah rapat I mean antara sepupulah :)


A part from it :D

 Betolak hari Jumaat petang kat Jeti Perlis. Sudah lama agaknya tak jejak kaki kat Langkawi nih.  Pegi pun 3 hari 2 malam ja sebab cuti untuk orang2 yang bekerjaya memang susah sikit. Tapi tak apa pengalaman kat sana cukup indah walaupun sekejap ahakks!

Mummy and me :)

Caca and Nizam 
Diorang ni memang geng! Almaklumlah perancangan yang bijak bila keluar dua2 sama tahun lahir so, sama lah umur mereka 16 tahun. Heeee.

 Auntie Gee and Mummy :)

Smileeeeeeeeeee :D 
Tengok kesungguhan kami begambar terserlah sangat! Time nih beratur punyalah panjang! Cuti-cuti sekolah cenggini memang perlu ada sifat kesabaran sikit. Beratur nak naik bot pun lama. Lepas ja dapat naik bot, ala-ala laut begelora ombak rindu terus tido kejap. Mabuk lauttt!

Sampai ja jeti Langkawi, penuhhhnyaa orang! Sabar lagiii. Takpa. Lepas ja ambik beg letak atas troli terus tolak semangat pegi pintu keluar. Lepastu, dah la aku belumba tolak dengan makcik mana ntah tak nak kalah aku pun pecut lagii dah nak sampai pintu bajet menang, tiba-tiba "Bang seringgit!" Aku ingat peminta sedekah, aku wat donno terus jalan lagi sebab makcik tu nak potong terus abang tu pegang tangan sentap "Bang, seringgit duit troli!" Haiyoooo. Tu pun kena bayar! Terus aku kalah dengan makcik tu sambil dia senyum sinis! *Makcik kalau makcik baca blog saya kita race balik nanti, PM saya!!*
  
Bestfriends :)
Sasqia dan Mimin. Mimin nih sepupu aku dan secara kebetulan sama umur so kitorang geng dua lah! Kebetulan pulak Mimin nih bawak kawan si Sasqia. Penyanyi baru nak naik ok! Sila request lagu dia kat era & hotfm hamboi sempat promote!  Setiap waktu - Sasqia ahakss! *Sasqia sila bayar aku jugak kalau kau dah popular sebab aku tolong promote!*

Then, lepas Abang Amer settle kan kenderaan kitorang, naik van btw almaklumlah keluarga besar, terus pegi ke hmmmmm mana ekk hmmmm hmmmmm Pekan Kuah kot untuk mengisi perut.* Tak tahu tempat sebab duduk kerusi van paling belakang so tak nampak signboard sorry* Sedapp kau restoran thai nih! Wajib datang kalau korang datang sini dan order nasi goreng cina dia! Tengok je restoran thai yang cantik tuh dia lah!

Begambar itu perluu. Ahaksss!
Lepas makan terus kitorang pegi ke Pantai Cenang, check-in hotel kat Aseania Resort & Spa. Hotel ni je yang masih ada sebab yang lain dah penuh ye la kan cuti sekolah. Tapi serius cantik gila view swimming pool dia! Rasa macam ala-ala kat air terjun! So sapa yang suka tempat macam ni wajib datang sini dan mandi hehe.

Kitorang ni kalau bab kolam no. 1! Sampai bilik letak beg semua terus terjun kolam mandi ok! Mana taknya dari lobby boleh nampak kecantikan kolam dia wehhh! Masa kitorang turun mandi tuh tak ramai sangat sebab sini hujan rintik-rintik. Tapi kitorang dah redah jeeee.


Cantik gilaaaaaa!

Seee?!! Tergugat tak iman hampa nak mai mandi sini?! Siap ada air terjun dari bukit siap gelongsor lagi! Warghhhh! Cepatt datangg sini! Ahakss! Tapi yang paling lawak kejadian kat sini bila empat2 orang kami excited nak naik gelongsor sambil berenang2 itik ke tangga sana, bila sampai atas gelongsor wahhh! best! Lepastu kami turun empat2 sekali ala2 keretapi tuh. Sambil menjerit keriangan, angin mengusap rambut menyusuri gelongsor, setibanya di bawah, "PRULPPP PRULPPP", "Tolooooongggg!"

Tapi ia bukan suara orang buat persembahan drama di situ tapi suara dari kami yang kelemasan! HAHA! Sumpah lemas! Dalamnya dasar kat situ! Kuanghajooo tak bagitau!! Bayangkan empat2 turun serentak terus lemas sebab tak tahu situ dalam! Aku ni rasanya telan air 4 baldi dah! Bayangkan sampai ada omputeh datang nak selamatkan kami tapi tak jadi sebab kami sempat gelak-gelak lagi! Dahla tak reti berenang semua, kami terpaksa lakukan aksi campuran nak ke tepi dan selamat akhirnya alhamdulillah :)

Terus duduk tempat cetek lepas lemas ahakss :)
Si kakak mengandung yang malas nak join bersama hehe.


Selepas kejadian lemas terus baring tepi tebing mengenang nasib. Dasar abang penyelamat tak datang selamat kami yang kelemasan potong gaji baru tauu!

Kanak-kanak riang tak pernah mandi kolam.

Malam nya pulak, kami keluar makan then jalan-jalan kat Pantai Cenang ni ja. Sekarang nih sangatlah maju kawasan sekitar Pantai Cenang nih sebab diorang dah ada MCD, shopping mall lagi tak macam dulu. 

Agak strategik jugak lahh kat sini senang untuk pelancong macam kami ni ahakss jalan tak jauh dari hotel dalam 5 minit dah sampai. Kami makan pun kat restoran thai jugak kat tepi jalan ke airport tuh. Sedap jugak. Rupanya caawangan dari restoran thai dekat Pekan Kuah tadi :)


Kapten kapal serta anak-anak krewnya :)



Sedang begambar terselit mamat ni tau! Sibuk ja nak join kelab kami. Huh. Lepas makan jalan-jalan kat tepi jalan Pantai Cenang nih. Banyak gila kedai baju yang ada kat sini. Sila makan dulu lah kalau nak jalan sini. Penat wooooo.

Dan macam biasa shopping ada lah untuk ibu2 dan bapa dan anak-anak merayau jalan-jalan aja dong. 

The street! 

 Kedai baju glow in da dark! Semart wooo tapi macam takut nak pakai sebab kalau nak main nyorok-nyorok susah nanti senang kena tangkap! Tiba-tiba -___-

Then, semua dah penat terus balik hotel yang dekat bagai merangkak pun sampai. I mean kalau merangkak tuh dalam 2 jam kot. 

Ibu mengandung yang kelaparan maybe.


The next day, semua dah siap2 sarapan makan dekat restoran yang sama jugak -____- haaa amek kau penangan makanan dia yang sedap ituewwww so please cuba kalau kat sana. Hehe. Plan kami lepas makan nak naik Cable Car so, terus lah menyusuri jalan2 tenang di sana. Hamboiii.

Nanti kerja nak beli satu senang nak melancong heee :)

 Sempat singgah isi tenaga van yang tercungap2 dan juga tenaga kami lah

Lepas semua perut dan penuh termasuk van, terus pergi ke Cable Car Gunung Mat Chincang. Wehuuuuuuuuuuuu!

Wehuuuuu tak wehuuuu jugak lahh sebab masa kami sampai nak naik sana terus ada announcement cakap cable car ditutup sebab atas gunung tuuuu telampau berangin! Haiyooooooo! Rasanya wrong timing nih kitorang pegi langkawi sebab hujung tahun ni kat sana hujaaaaaann! Semua aktiviti outdoors terbantut! Huhhh!

Cantiknyaaaaaaa pemandangan. Tenang rasa.

Daniel dan ikan-ikannya 
Nampak tak kabus tuh?! Hmmm takda rezeki


Geng Bas Pekerja Kilang!
 Lepas ja belah dari Cable Car tuh, terus pegi shopping ja. Faham-fahamlah kalau ibu2 dan bapa nih kan. Buat apa lah pergi Langkawi kalau bukan memborong pinggang mangkuk dan sebagainya. Kami tak pegi pon Makam Mahsuri semua tuh sebab dulu dah pegi boring so ikut jenjalan je lah.

Lepas seharian penat beli dan belah balik hotel pulak rehat kaki semua. Plannya, petang tuh nak buat outdoors macam naik banana boat tepi Pantai Cenang tuh tapi sekali lagi tak mengizinkan sebab hujan lah! Rosak plan. So, kepada sesiapa yang nak ke Langkawi sila plan pejalanan anda wah macam duta Langkawi sudah! :)

Nasib baik lahh kat sini ada Games Corner terletak sebelah swimming pool tuh. So, sini je lah kami melepak habiskan masa sebelum hujan turun dengan lebatnya. Its okay. We had fun though. Dan sambil syok jentik karom, ada drama lagi! Yaa, ada sorang budak ni berani yang amat naik gelongsor tuh! Dah la pendek! Hamboi! Turun2 terus lemas. Apa lagi abang penyelamat terus terjun selamatkan dia. Kami apa lagi, mulut terkumat kamit bebel sebab kami jugak mangsa sepertinya hahaha.

Hamboii min, usha abang penyelamat ka? HAHA.

Malam terakhirnya kitorang sekali lagi keluar ke Pantai Cenang tu jugak. Tak pegi jauh pun sebab teringin nak makan ikan bakar dan kerang semua lah.

Alhamdulillah cuaca waktu malam tak hujan pun so, sejuk lah jugak senang nak jalan-jalan. Kedai makan pun kat sini banyak jugak so taklah susah nak pilihkan. Cuma bukak mata tengok ja nak makan apa dari masakan arab sampai cina sampai western sampai afrika ehh itu tiada maaf.

Geng Moto Rempit versi Langkawi.


Ini merupakan sesi kena mengena kan si Sasqia tuh. Dia tak pernah minum air Limau Jus Cinta tuh. Actually, air tu air asam tambah limau kasturi yang di perap kot sampat jadi kaler hitam. Aku ngan Min pekena dia cakap tu laici hahaha. Lepas tu dia tak pecaya. Kami paksa dia makan tapi dia taknak sampai kami sendiri kunyah limau tu sampai lunyai tapi dia still tak makan jugak dan kami sendiri yang terkena balik -_______-"

Terliurnya teringat balik makanan kat sini semua dap dap!
Lepas je makan terus jalan-jalan shopping semua then, terjumpa pulak orang main basking depan shopping mall tuh. Kami sekeluarga apa lagi join the club lah releks2 chill lah sambil angin sepoi-sepoi bahasa tiup.


Sedap suara abang tu nyanyi lagu "Rolling in the Deep". 

Tengok si Daniel dengan Sasqia nih terus menari tarian tradisional Sabah. Btw, diorang nih memang duduk Sabah pun hehe. Kami Sabahan ok! :)

Dan memandangkan kita ada penyanyi dah, so apa lagi si Sasqia nih nyanyi satu lagu, Yuna- Oh Bulan. Nah amik hampa import mari memang kena lah dengan cuaca hehe. Si Sasqia nih pulak sebenarnya punyalah malu nak nyanyi sampai kena paksa baru mau! Hehehe. Nasib suara sedap tak sia-sia makcik2 tepi tu tunggu tau!

Ewahhhhhhhhhhhh! 
And the last day kat sana pun tiba, hari Ahad. Pagi2 tuh cepat-cepat siap sebab nak kejar feri jam 1 petang. So, tak pegi mana-mana pun lah. Shopping?? Tak payah lah sebab satu van gedabak besar tuh penuh kotak2 mangkuk. Hamboiii!

Breakfast kat terminal jeti tuh terus pegi dataran Lang jap begambar. 

Muka penat tak cukup tido sebab gosip malam-malam ahaks!
 Tak sangka jugak kami bila sampai depan Helang Gergasi nih ingatkan kami ja tapi segerembolan manusia ada kat situ begambar. Dari China lah Indonesia lah semua ada dongg! Hujan rintik-rintik tetap tak diendahkann :)
Ehh, ni ka bukit kat Pulau Dayang Bunting tuh??

Bai Langkawi. Jumpa lagi yaaaa!


So, basically memang best gila lah dapat spent time sama-sama lagi dengan keluarga-keluarga kami nih. Memang best bila lama tak jumpa sebab satu duduk Sabah satu keluarga di semenanjung, susah nak jumpa. Tapi time2 macam ni jumpa alhamdulillah dapat lepas rindu gosiip lagi hehe lepas tu dapat eratkan silaturrahim sesama keluarga tu yang penting. Alhamdulillah semuanya bejalan lancar dan baik.


Dan tak saja berenti kat sini saja sebab next weeknya kami ke KL pulak ahakss :)









17 Responses on "CERITA LANGKAWI YANG PANJANG :)"

  1. Bintang says:

    seronok pulak bila baca kisah percutian korang ni w/pun panjang sesangat. haha. :DD

    haha. dah sebulan tak update terus bagi post yg panjang punya hehehe;.

    fanuiz says:

    besttnyerr~~~~~ nak join.. ^^
    hahaaha

    wah! aritu baru balik dari langkawi, reading ur entry makes me wanna go back there!!! XD

    Heeeeee. Tulis entry pasal Langkawi ni pun rasa nak pegi lagi! Jom sama-sama pegi lagi! YEayyyy

    Ali Jasni says:

    tak naek cable car ke?

    tak bole naik sebab cuaca tak mengizinkan huhu. terlalu berangin katanya.

    This comment has been removed by the author.

    bestnya gi langkawi...jeles!!!

    hehe. biasala nak tenang kan fikiran hehehe.

    wau.. nmpak mcm bes je brcuti ngn fmily.. happening gler~

    http://syazstarlonely.blogspot.com/

    Hehehe, mesti lah. Its awesome :)

    anailah says:

    langkawi mmg awesome kot.....
    nak lak naik cabel car..bessss
    terasa nak pergi lagi sekali

    hehehe. betol tuhh! tu laa tp syg xsempat naik cable car sbb cuaca tak baik huhu

    Nurul Ain says:

    nice...cntik gmbr
    http://nurulnamasaya.blogspot.com/

Post a Comment