#BBQ LAGI ISH ISHH!

| |

Assalammualaikum,

Ohh setelah lama kini mampu gagahkan diri update blog walaupun essaimen, test kian menggunung serta final semester 2 di tepi korner sahaja. Ohh gentar benak hatiku. 12-18 Jun 2014 kot! Doakan terbaik untukku.

Oklah, Jumaat lepas 9 Jun kami geng budak lelaki buat BBQ like khas untuk kami yang budak lelaki sekolah kawan macam adik beradik ni sahaja. Ala plan ni pun last minute jugak sebab jumpa dengan ashraf & ikhwan gi lepak malam Jumaat sebelum tu pastu Jumaat akan datang terus nak buat sebab eksaited padahal plan untuk hujung tahun haha. 

So, Jumaat tu lepas aku habis kelas terus betolak balik dari USM ke rumah. Then, petang tu aku dengan ashraf gi Tesco beli bahan-bahan. Beli ayam, sosej, kentang. Itu sahaja menu ala cukuplah untuk 6 orang sajo. Yang penting sos perapan ayam aku buat hasil idea kreatif dan paling best menjadi wooo! Lepas habis beli-belah balik singgah beli Jutaria konon nak main ahh. Kami terus balik rumah ashraf sebab buat BBQ kat situ then semua wajib tidur sana tak boleh balik.

Kononnya, buat BBQ ni sebab nak kumpul sembang ala lagipun budak poli dah habis 3 tahun so dah boleh cari duit pastu kahwin hmmm. Tinggal aku saja hmmmm. Pastu time aku dengan ashraf buat perapan, potong ayam semua, hujan pun turun namun tak mematahkan semangat kami tudia ayat nampak tak! Then, tunggu lagi 3 orang tu nak sampai lama jugak sampai jam 9.30 malam baru nak bakar arang ish ish ishh.



Perghhhhhhh..

Ashraf, Faruq, Amar
Mulalah proses memanggang ayam yang lama gila pastu diselit gelak tawa, bahan membahan serta buli membuli hahaha. Habis membakar dengan yakin ayam telah masak dengan jayanya duduklah kami di meja makan nak menikmati hidangan. Aku pun pelik kena rasa lapaq sangat, tengok jam dah 12.05pagi! Lepastu tak bagi makan lagi ashraf dengan pak din goreng kentang pulak. Goreng kentang pun 30 minit ya depa tu ish ishhh. So, 12.40 pagi baru makan hahaha.

Kanak-kanak Ribena.
 Yang paling perghh time makan tu bila Faruq start cerita pasal kisah seram. Grrrrr. Biasalah bila sorang petik mula semua nak cerita gak. Memang lemah sikit aku bila dengaq bab-bab tu. Woi rancak cerita sampai 1.30pagi kot. Pastu konon aku acah nak balik pagi tu jugak terhenti niat bila semua pakat cerita lagi dan lagi. Kureng betoi. Pastu habis bab tu kami bincang pasal next trip kami nak gi becuti ke Perak pulak. Yang tu in shaa Allah.

Habis makan terus kami main Jutaria. Bayangkan 7 orang main pastu situasi dia macam mana. Maki memaki, begaduh sesama sendiri, serta lain-lain tu pekara biasa. Haha. Yang paling best bila ikwan jadi banker pastu seludup kat aku duit sahaja hahaha. Well itu perkara biasa menn! Pastu bila semua dah fed up / penat begaduh pastu tengok jam 5 pagi woi! Terus pasang movie pulak hahaha. Tapi aku rasa time tu semua dah lentok lena. 


Geng pelabur yang semua main tipu huhh!

Tapi bukan lena pun sebab sembang lagi dan lagi. Pastu lelap jugak mata sejam. Pastu ada orang start balik satu per satu. Kureng hasam mentang2 rumah sekangkang kera dekat huh. Rumah aku ja jauh nasib baik kalau tak aku belah awai lagi huhh. Then, yang tinggal tu dah bangun pastu kemas then balik pastu sambung tidoq kat rumah masing-masing pulak. Hehe.


Senyum tak perlu kata apa-apa!

So, itu sahaja BBQ kami. Apa-apa pun memang terbaikk ahh malam tu. Dan kami yang masih menuntut ilmu kena sedar balik kena buat essaimen dan study walhal separuh yang lain dah habis final. Hmmmmm. Btw, thanks to ashraf sebab semua gambar dari henpon dia huahua. Oklah harus sedar diri final tak sampai sebulan lagi. Jumpa lagi. Adioss.

2 Responses on "#BBQ LAGI ISH ISHH!"

  1. Hahaha patutlah gambar semua macam vibrate xD

    Hahaha woi tak baik kata ashraf hahaha.

Post a Comment