KEM PIMPIN SISWA (USM) PART 1

| |

Assalammualaikum.

Wahhhh dah sebulan lebih aku tak jenguk dekat sini kan. Bukan apa sebab dah melangkah ke menara gading ni so sibuk sikit hamboi! Itulah pejam celik dah sebulan lebih aku dekat USM ni. Macam-macam benda jadi. Basically, semua dekat sini best lah dan paling best handphone aku retak cermin! Hadoiiii!

Dekat USM ni aku ambik kos Sains Biologi (Tulen) yang memang agak tough setakat ni tapi inshaAllah kalau usaha lebih pasti boleh. Gituuu. Bilik pun okay. Satu bilik dua orang dan roomate aku orang Langkawi. Boleh pesan chocolate nanti heww.

Masalah sekarang semua gambar dalam handphone aku yang retak cermin sampai takboleh guna so entry nak masuk USM nantilah aku taip hmmm sebab sekarang saja nak mengulas cerita aku pegi kem Pimpin Siswa. Kem 3hari 2malam ni actually semua budak first year WAJIB pegi sebab USM kiranya nak memupuk nilai-nilai murni lah dekat pelajar diorang kan. Kem ni ada 4 siri so tetiap minggu akan ada pelajar pegi ikut turn kos yang disusun temasuk budak kejuruteraan la.

Kos aku Biologi kena pegi minggu ke-3 tapi disebabkan aku masuk aktiviti Convex13, kiranya aku sorang budak Bio tesesat minggu ke-4. Pasal Convex13 aku cerita len entry lah. Hamboi. Aku dapat kem dekat Impiana D'Risa, dekat Gerik. 

JUMAAT, 27 SEPTEMBER 2013 (HARI PERTAMA)

Alia & Me :)
Okay, time aku dapat tau aku kena pegi kem aku memang mati-mati taknak huahua. So, ni memang first time ahh pegi kem dalam hutan kan. Selalunya aku pegi kem dekat hotel-hotel je yee time sekolah. Ewahhh belagak! Hewwww. Malam sebelum pegi kem kitorang ada pejumpaan pastu bagi baju, beg, topi semua. 

Pagi tu semua budak kena kumpul 8.30 pagi. Tempat kem ada 5 kot tempat berbeza. Kiranya satu kem tu ada lebih 150 pelajar je lah campur budak USM kejuteraan. Seriusly nasib baik aku ada geng dekat sana Hizam (budak sc comp) kawan matrik tak lah aku malu sangat kan. Si Alia ni kawan matrik aku jugak tapi dia kena Kem Perik II.

Then lepas bekumpul kitorang semua belepas ke kem masing-masing. Kem aku 5 bijik bas dari USM induk. Tak buat apa atas bas pun duduk sembang then lena 5 minit lepastu sampai lah ke destinasi jam 12 tgh hari. 


Lepas sampai tunggu budak USM kejuteraan sampai then lelaki semua pegi solat Jumaat dulu. Balik je terus kumpul untuk bahagi kumpulan atau platun. So semua ada 12 platun. Aku ahli platun 7 yang dipilih randomly. Lepas tu ada pulak sesi pemilihan Along & Angah kira macam penghulu & penghuluwati la. Secara sukarelawa. 


Time abang kakak fasi suruh volunteer tu dia cakap ala kemon naik ahh sapa volunteer. Aku time tu duduk depan sekali so berani kan diri naik betanding! Ya Allah benda apa rasuk tetiba aku berani naik tak tau! Selama ni tak penah hoiii nak volunteer bagai hoiii.

Calon-calon bertanding wahh gituuuu. 
Kengkonon sesi menjual diri hamboi ayat macam serong! haha.
Seriusly, time aku nak kena promote diri kena jadi Along aku sangat clueless. Sebab aku bukan lah pandai nak meng"up" diri suruh undi. Aku just main bedal je hehehe. So, lepas habis promote kami semua kena pusing belakang dan tutup mata. Undian berdasarkan tepukan gemuruh. Pelbagai kekuatan tepukan yang didengar. Tup-tup aku kalah~ K foineeeee.

Along dapat dekat Salam yang pandai berbahasa pelbagai; Melayu, Cina, India. Pandai raih undi tau bila promote speaking Mandarin huh. Haha. Ok, next lepas lantik Along & Angah, nak lantik Uda pulak. Uda ni ada tiga. Uda Company A, B & C. Uda Company A dia jaga platun 1-4, Company B; 5-8 & Company C; 9-12. 

Kiranya Uda ni macam kena jaga anak buah platun masing-masing la. So, kena pilih 3 Uda. Time abang fasi panggil volunteer, aku memang taknak dah sebab sedih kalah cewah taklah, tapi kengkawan paksa naik tolak semua so aku terpaksa naik wahh taklah sukarela. Gituuu. So secara tak langsung aku Uda Company B.

Entah kenapa dia ni menari ala kelab hmmmm.
 Next, lantik Alang yang tugas dia sama seperti ketua kumpulan memasing. So, semua yang di depan dia lah Alang. Kiranya ada 12 Alang. Teserlah ke"family"an di situ bila semua nama ada Alang, Angah, Uda & Alang. Wahh! Next, kami ada majlis pelantikan. So, memang kena kawad la terima macam band getah dekat tangan tu. Macam-macam aksi ada kawadnya termasuklah aku. HAHA.

Sesi pelantikan jawatankuasa ewahhhh.
Lepastu, bila semua pelantikan habis, sesi penyerahan barang beharga macam handphone, wallet semua kena kasi. Hidup sebatang kara lah 3hari kat situ. Habis je terus diorang kasi khemah lepastu gi pasang.

Sebenarnya khemah tu saje je diorang kasi untuk letak barang. Tidur tu rasanya sejam je untuk first day dan second day 4 jam. Memang pack dengan aktiviti oii kat sini. 

Nampak tak Uda tengah membebel bagi taklimat pemasangan wakakaka.

Semua berganding bahu siapkan khemah yang sebenarnya taktahu pun tidur berapa detik sahaja.

Go Farhan goo! 
Lepas semua khemah siap, pegi minum petang terus pegi bekumpul depan tapak kawad sebab ada sesi kengkonon raptai lah cara-cara nak ada kawad lepas tu belatih untuk cara lapor diri sebelum malam tu ada upacara dengan ketua kem iaitu Kem Komandor.

Prektis lahh kami kawad lah apa lah. Sangat best. Tiap kali masuk barisan, Uda mesti tanya company masing-masing anak platun cukup tak. Lepas tu Uda setiap company kena lapor kat Along & Angah lepastu diorang kena lapor dekat Tuan or abang kakak fasi yang betugas time tu.

Aii aiii chippp!
Prektis dah semua dah, terus keluar baris pegi solat rehat makan malam lepas kuliah maghrib. Malam tu baru bekumpul balik dekat dewan untuk Kem Komandor datang bagi ucapan semua. Seriusly, selalu kem kom ni diorang garang-garang gila, tapi dekat sini sumpah kem kom kami sangat lawak, happy je sentiasa. Kalau nak serius pun tak jadi sebab dia sangat lawak.

Kem kom yang sangat lawak gilaaa!
 Lepas je ucapan setiap platun akan diberi barang amanah. Barang ni kena lah jaga betul-betul! Kalau hilang haaa ada lah denda abang kakak fasi bagi. Btw, lupa pulak cerita kakak abang fasi kat sini pun sangat lah friendly baik tapi kalau bab mendenda orang perghhh amat nakal ya di situ.

Ok barang amanah yang dapat dari kem kom malam tu setiap platun dapat satu bendera besar, bendera kecik (USM), 12pinggan dan cawan untuk setiap ahli, topi dan nametag. Semua benda ni kena jaga. Hilang siap la koo!

Tapi yang nak bagi hilang nya pun sapa lagi kalau bukan abang akak fasi yang curi! Hoii dah la first day, korang letak je apa barang amanah dekat lantai diorang ambik terus kalau dapat. First tu kami semua takut nak lawan. Huhu.

Nak terima barang amanah dari kem kom pun ada cara ya! Ala2 zaman era pemerintahan di China. Hehe.
Ni salah satu denda tak pakai topi. Bukan main seronok Abg Vun ni pekena orang oii!
Selesai je semua kitorang ada buat aktiviti macam ice breaking lah. Lebih kurang aktiviti dalam kumpulan. Sangat best! Ada satu game tu kena cari 10 orang ja sampai aku terpaksa tolak halau marah sorang tu sebab kumpulan kami lebih sorang sebab taknak kalah haha. Maaf.

Ehh, lupa pulak kitorang takdak jam langsung! Along ja yang dapat pakai jam. So, agak macam orang gila hidup tanpa jam woi. Setiap kali mesti kena tanya Along sampai dia pun fed up dah nak jawab.

Angah & Along yang kena baca ikrar 10minit oii! Panjang nak gila! Saja nak pekena kami letewwww.
Lepas habis je maybe pukul 12pagi kot kitorang dibenarkan rehat kononya esok pagi ada aktiviti lah konon tidur cukup 6-7 jam bajet dapat tidur yang sihat lah kan, tapi letak je kepala tak sampai 15minit (kot) terus siren bunyi! Hoiii! Tidur tak sempat leleh airliur!

Rupanya kami ada night walk. Jalan masuk hutan ehh takla hutan sangat sebab keliling kami ada ladang getah ja. Kiranya macam kita nak mengimbau kembali macam mana pejuang kita bertugas dulu malam-malam gelap bekorban nyawa untuk kita.

Kami masuk situ tanpa lampu suluh ka apa ka. Sangat gelap seriusly. Time tu dah la bulan tak nampak. So, perempuan jalan dulu lepas tu kami lelaki jalan. Satu barisan je. Panjang dia hooii sangat! Sebelum masuk ladang getah tu lalu jalan raya, rumah orang.

Sesampai ja terus macam semua orang pegang tangan orang depan belakang. Bukan nak sweet ke apa haa sebab memang gelap. Nak dijadikan cerita, time dalam gelap tu jalan-jalan tetiba orang depan sekali boleh lari kot sampai tangan aku dengan orang depan aku terlepas.

Hoi tak menghangin aku kat situ! Dah laa kat belakang aku ramai orang lagi boleh pulak orang depan jalan lelaju! Serius aku dah la tak nampak apa nak jalan macam terpaksa bawak ja orang belakang aku jalan. Nasib aku tak bawak diorang masuk gaung ka apa ka. Huhh! Then, nasib betemu balik orang depan. Tarik nafas lega.

Kat dalam tu macam-macam la aktiviti kena buat macam kena merangkak lahh, jalan dua orang sekali lepastu jalan sensorang, lepastu dengar budak pompuan kat depan jerit lah apa la. Aku rasa 4 jam dalam tu.

Habis je terus balik lena. Dua jam sahaja tidur. Uhukk! Oklah the next day punya cerita Part 2 pulak. Sekian dulu laporan saya.


*Credit gambar dekat abang photografer kem yang selalu rajin menyenap gambar, thank kayu :)

2 Responses on "KEM PIMPIN SISWA (USM) PART 1"

  1. samalah.. Nia pun belum pernah pergi kem.. hahaa part yang kena denda tu, seronoknya :D

    Unknown says:

    Hahaha. Tu laa first time. Apa2 pun memang sangat enjoy kem ni! :) Denda pun semua best je. hehe.

Post a Comment