HIKING DI HUTAN LIPUR BUKIT MERTAJAM!

| |


Assalammualaikum,

Ya baru-baru ni tetiba terlebih rajin untuk aku ber-hiking kat hutan lipur Bukit Mertajam dengan kawan-kawan. Ya la kan semenjak cuti 2 bulan setengah ni boring nak gila duduk rumah so buat keputusan untuk mengeluarkan peluh bersama rakan dan taulan. Sebenarnya duduk dekat BM ni dah berpuluh tahun dari kecik tapi nan hado tak pernah pegi pun sini padahal dekat sajo.

Plan nak datang sini pun sebenarnya last minit pastu kejap cancel kejap jadi gara-gara meeting event tapi jadi jugak hasil perbincangan 1 pagi sebelum esok hari kejadian. Esok pagi kononnya janji jam 8 pagi dengan Semid dan Combi tapi nan hado 8.30 baru bertolak. Tapi tak apa sebab dekat saja.

The Bukit Mertajam.
Combi bersama tongkat saktinya.
Aku kalau bab hiking aku suka sebab pemandangan alam yang sangat cantik. Aku suka tengok pokok-pokok sebab rasa tenang gilaa. Masa kami sampai ramai jugak orang tapi kebanyakan Chinese yang dah berusia yang jogging situ. Patut diorang ni sihat kan sebab rajin jogging tak kira umur pastu kondisi diri ewah! 

Masa kami nak naik tu bajet macam nak hiking bukit lah kan tapi Semid dia lupa pulak jalan mana nak lalu. Alih-alih kami guna jalan yang bertar naik atas. Tapikan sumpah penat woi! Jalan naik bukit faham-fahamlah pastu berliku-liku yang macam ular dan rasa macam tiada penghujungnya!

Serius itu baru kami jalan dah berpeluh macam lari kot disebabkan jalan macam nak naik Cameron Highland sampaikan taktau macam mana orang yang kayuh basikal gigih naik atas mashaAllah kalau aku dah lama turun tolak basikal tu. Yang peliknya ramai pulak yang naik basikal gigih kayuh ish ish ishh.

The view :)


Dekat sini ada juga pitstop yang diorang buat untuk duduk rehat. So, tak lah penat sangat kena jalan straight melulu tanpa henti. Faham-fahamlah kalau ada Combi ni setiap pitstop kena berhenti rehat haha. Serius setiap kali jalan balik tu rasa macam bila nak sampai kaki dah penat sampaikan Combi tanya orang tepi jalan tu jauh lagi ka nak sampai. Hahaha. 

First pitstop dan haruslah take a selpie bersama. Abaikan apa yg basah kahkah.
Second pitstop dan selpie juga harus sebagai bukti mendaki.

Lepas dah sejam rasanya naik tapi tak sampai atas pun sebab dah tak mampu mengerah keringat untuk naik kami pun buat keputusan untuk turun balik. Takpalah walaupun cuma tengah-tengah ja berjaya didaki nanti hiking 2.0 kena tawan puncak bebel untuk diri sendiri.

Tapi kalini kami tak turun jalan tar tu sebab rasanya dah tak mampu nak hadapi jalan yang macam tiada berpenghujung tu so, kami decided turun ikut jalan hutan. Perghh baru ganas dan lasak! 



Perjalanan turun bukit yang diketuai Komander Combi.


Ya Allah, masa turun bukit ni dah la mencabar pagi tu baru lepas hujan tanah licin kot. Yang lawaknya dah la Combi mengetuai aktiviti turun bukit ni ye la kan budak Palapes UUM kot mestilah diberi kepercayaan haha. Tapi yang lawaknya ada satu tempat tu curam dia sangat dalam, takdak tali untuk kami pegang dan secara tak diduga Combi terjatuh terseret hahaha. Lawak-lawak sorry Combi kami gelak berdekah.

Yang bestnya time turun ni dia macam ada tempat rehat untuk kita duduk rehat duduk relaxkan kaki dulu sebelum turun atau naik. So taklah macam jalan tanpa henti ja kan. Sepanjang kami turun tu rasanya tak banyak orang pun lalu jalan hutan tu. Kami 3 orang ja yang extreme sikit tapi serius dikelilingi pokok-pokok tenang gila rasa.

Selpie ketiga selepas Combi jatuh tegolek kahkahkah :)

Cantiknyaaaaaaaaaaa!
Group selfie letak atas batu hehehee.

Macam nak mandi dah time ni walaupun...

Setiba dipenghujung perjalanan dakian.

Lepas kami sampai bawah dalam 45 minit perjalanan, terus start kereta pegi makan. Tak breakfast kot pagi tu dengan air pun tak bawak sepanjang perjalanan tu memang perghh. Dengan baju basah boleh perah sebaldi dan kasut penuh tanah merah, kami tetap jejakkan kaki Jusco Alma untuk lunch dengan perasaan lantak-kau-lah penat nak pengasan dah.

Seriusly, siapa yang duduk dekat area sini pegi lah try sememangnya best! (ka aku sorang ja baru pi?) Paling penting akan kami kembali untuk tawan puncak Bukit Mertajam. Hang tunggu kami datang! Eh, jumaat ni aku emcee untuk event USM CoRIC ohh wish me luck! Will update soon! :)

0 Responses on "HIKING DI HUTAN LIPUR BUKIT MERTAJAM!"

Post a Comment