#APA KHABAR!

| |


Assalammualaikum,

Gambar sekadar hiasan.


Hello belog bersawang! Lamanya tak menjenguk ke sini untuk menulis pengalaman hidup yang telah ditempuh selama berada di semester 3 kat USM ini. Almaklumlah sekarang ni dah kena pilih major yang mana aku telah memilih microbiologi sebagai majorku di sini.

Ketahuilah di saat daku menekan punat-punat keyboard ini, terdapat satu folder yang penuh dengan lab report yang belum sempat diselesaikan tambahan dengan laporan SHE serta presentation lagi. Oh hidup. Ketahui jugalah setiap minggu WAJIB ada lab report kena selesaikan di mana almost 3 lab reports untuk 2 minggu waktu. Oh hidup. Tu laa gatai nak ambik microbiology sangatkan so hadap lah lab reports tu yee huahuahua.

Tapi hidup bukan lah nak komplen dan mengeluh ketidakpuasan hati. Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki Allah. Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Standard ahh student nak busy dengan essaimen, lab reports kan. Alhamdulillah. Kehidupan juga semakin lama semakin mencabar. Well, hidup penuh cabaran baru lah best! Aku bersyukur sangat saat kita rasa lemah ada kawan-kawan baik dengan family yang sudi mendengar keluh-kesah mak esah. Alhamdulillah.

Oh tidak dilupakan final exam is around the corner bebeh. 30 Disember 2014. Hello! Hang bila nak start study? Kata sanubari kepada diriku. Pasal pelajaran well you know it depends on yourself. Kalau rajin maka pandailah dikau. Ok itu je nak update. Bai.














0 Responses on "#APA KHABAR!"

Post a Comment