REVIEW: KOS BIOLOGI (TULEN) USM!
UPDATE 11/8/2016
Sila ke post terbaru untuk baca review overall pasal kos biology ni. Maaf dik abang busy nak taip tapi dah sekarang dah update hehehe. Copy url di bawah:
http://ceritahafifi.blogspot.my/2016/08/graduasi-kos-biologi-tulen-usm-2016.html
Assalammualaikum.
Sila ke post terbaru untuk baca review overall pasal kos biology ni. Maaf dik abang busy nak taip tapi dah sekarang dah update hehehe. Copy url di bawah:
http://ceritahafifi.blogspot.my/2016/08/graduasi-kos-biologi-tulen-usm-2016.html
Assalammualaikum.
Kahkkah rasanya dah macam empat tahun tak menulis padahal pemalas piang! Well, semenjak tamat SPM semangat nak prektis karangan dah tak ada haha puih! Tapi sekarang kena prektis balik sebab sem 4 wajib ambil subjek BM like daaa kena lenguh tangan tulis karangan lagi like daaa!
Ok baiklah sebenarnya tujuan menulis nak cerita kos yang aku ambil dekat USM yang dah 2 sem berlalu iaitu Sains Biologi (Tulen). Untuk Biologi (gunaan) belajar sama saja which apa yang budak tulen belajar sem 1 budak gunaan belajar sem 2 dan sebaliknya. Membezakan tulen dan gunaan adalah major untuk semester 3 nanti. Dan memandangkan esok result UPU & USM dah nak keluarkan so sesapa yang dapat kos ni tahniah dan semoga pecah kepala ehh tak lah. So, ni kiranya macam sikit info untuk sesapa yang rasa nak sambung kos bio (tulen) dekat USM dan kalau ada salah silap minta maaf hujung rambut sampai hujung kaki ye.
Ni hanyalah berkenaan subjek itu sendiri. Malas nak cerita macam mana pemarkahan berapa peratus exam berapa peratus assignment kuiz berapa sebab ia bergantung subjek itu masing-masing. Tunggu masuk USM pastu nanti tau la ye :)
p/s: Ini berdasarkan subjek kami untuk batch 2013/2014. Segalanya tertakluk kepada perubahan sebab dengar cakap batch kami ada yang terakhir untuk 3 tahun. Batch baru 2014 akan start jadi 4 tahun so maybe diorang akan rombak subjek. Duduk la lama-lama hahaha.
p/s: Ini berdasarkan subjek kami untuk batch 2013/2014. Segalanya tertakluk kepada perubahan sebab dengar cakap batch kami ada yang terakhir untuk 3 tahun. Batch baru 2014 akan start jadi 4 tahun so maybe diorang akan rombak subjek. Duduk la lama-lama hahaha.
SEMESTER 1
Biostatistic (kod tak ingat).
-So, basically subjek ni pasal ofkos math campur addmath pun ada. Entah. Bagi aku ofcourse its mathematics yang subjek paling aku tak suka dalam dunia yang fana ini. Sesapa yang dari matriks tu rasanya sama saja yang kita belajar ala macam standard deviation, mean, median cuma beza maybe formula dan struktur soalan yang memeningkan kepala. Semestinya anda akan belajar banyaaaaaak lagi benda. Subjek ni ada kuliah dan 3 jam tutorial untuk seminggu sekali.
-Skor: Memandangkan aku tak suka math tapi alhamdulillah lulus yaa! Buat tutorial in shaa Allah bejaya.
Ecology (kod tak ingat).
-Ahh why i dont know why im not into this subject! Hehe. Kalau dulu dekat matriks ecology merupakan salah satu chapter dalam subjek biologi kan tapi kali ni dia jadi subjek weh! Fahamlah ecology ni macam mana pening dia pastu tambah belajar banyak gila benda baru dah la aku ni pemalas, kelas malam selalu duduk belakang sambil makan kek coklat ish ish ish. Bagi aku kalau kita baca & baca kacang ja nak skor! Subjek ni hanya kuliah tiada tutorial. Buat latihan sendiri.
-Skor: Well, walaupun aku selalu tak fokus dalam kelas sambil menguap macam badak aku lulus cemerlang ok!
Biodiversity (kod tak ingat).
-Bagi subjek ni aku suka jugak la sebab dia senang kacang tanah padahal sama saja dengan subjek lain hehee. Nak cakap dia susah tu tak sangat sebab rasanya dia repeat dari matriks jugak. Bagi subjek ni dia akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu mikro, animal & plant yang diajar oleh 3 orang lecturers yang berbeza. Ala macam kita belajar kingdom bebanyak tu echinodermata, zygomycota semua tu. Seriusly, nota matriks tu sangat beguna! Semestinya dinasihatkan anda akan belajar lagiiiiii mendalam ye! Subjek ni hanya kuliah tiada tutotial. Buat latihan sendiri.
-Skor: Sama jugak kalau baca dan baca dan baca mesti A lah! :)
Chemistry Organic (kod tak ingat).
-Yaa kimia masih engkau jumpa lagi walau di mana pun anda merantau. Sama jugak subjek kimia aku ni tak berapa suka sangat la kan kahkah tapi tetap sama saja macam yang kita belajar dekat matriks ala penat la asyik taip sama dekat matriks ja. Tapi ya memang sama maybe ada penambahan sikit la kan ye dok nama pun universiti. Bagi subjek ni kita belajar pasal alkene, alkane, polymer semua tu. Yang kena lukis structure dulu pastu naming semua tu. Calculation tiada lagi ya. Subjek ni ada kuliah dan 1 jam tutorial seminggu sekali.
-Skor: Walaupun kuliah malas pegi tetapi lulus subjek ini alhamdulillah.
English.
-Ya anda diwajibkan ambil lagi subjek ini. Walaupun MUET band 6 sekali pun. Tetapi kalau band 1,2,3 mestilah kena mula dari LMT100 pastu 300 pastu 402. Ya 3 level semuanya. So, mesti ambil 3 sem walaupun sem berapa nak ambil tak kisah tapi lagi cepat lagi senang la kan. Kalau anda band 4 dan ke atas boleh la start level 300 pastu 402. Boleh skip 100. So hanya dua sem saja la kena ambik.
-Skor: Kacang peanut butterlah! Cewahh.
Praktikal/Cabaran luar biodiversity.
-Haaa maaf sebab subjek ni aku terlupa tajuk subjek apa kebenda tapi kiranya macam praktikal luar kampus lah. Subjek ni hanyalah diambil waktu cuti semester. So, bila semua budak lain cuti kiranya budak bio kena stay kena pegi praktikal 2 minggu. Untuk minggu pertama kena duduk dalam USM masuk lab buat lab report ya untuk seminggu. Senang je lukis-lukis label semua. Ala pasal subjek biodiversity jugak animal, plant, mikrob semua tu je. Cuma dia pecah ikut hari lah. Kalau lab pasal plant hambik kau dari jam 8pagi sampai 5 petang la duduk dalam lab kena lukis semua phylum woi! Next, untuk seminggu lagi kena pegi duduk dekat CEMACS (Centre of Marine and Coastal Studies). Tepi pantai ok! Kiranya ni USM punyalah. Google je. Duduk sini seminggu kita kena belajar pasal subjek ecology tapi versi kena mendaki semua. So, dia bahagi kepada sungai, bukit, pantai, tanah pastu apa lagi entah. So kalau hari kena bukit so kita kena hiking bukit belajar pasal pokok semua. Kalau sungai kita pegi sungai check kecuraman, habitat apa yang ada. Seriusly memang best dari duduk lab seminggu haha! Yang penting enjoy ja jangan stress sebab peluang nak dapat A sangat tinggi.
-Skor: Macam dah bagitahu senang aja dong!
Keusahawanan.
-Ok ni macam subjek English tadi iaitu subjek wajib universiti kena ambik kalau nak graduate. Bagi aku senang sajo dong walaupun tak faham apa yang diajar kahkahkah bukan sebab lecturer tak bagus tapi diri sendiri ni fokus hilang ke mana. Tapi taklah aku ni malas sangat kan sampai taktau dia ajar apa basically pasal keusahawanan macam mana mulakan bisnes, prinsip dan segala macam. Pastu ada satu hari kita kena menjual barang pastu kena buat report pastu kena present depan lecturer hasil jualan. Sangat best!
-Skor: Kalau selalu pegi kuliah pastu fokus tak tinggal kuiz pastu jenis tak keluar awal macam aku pegi beli burger tetiba ada kuiz mengejut 5 minit terakhir memang kau A lah! But i did my best untuk dapat B+ aja hahaha.
p/s: Gambar hiasan waktu menjual subjek keusahawanan. Sebelah tu kau hadoo bawak beg jawab kuiz keusahawanan pastu nak balik rumah cuti sem kot. Kahkah hebat jahhh oi!
====================================================================================
OVERALL: Bagi hemat aku lah kan semester satu ni senang saja cuma maybe first time masuk universiti kan maybe tak biasa cara hidup, pembelajaran yang sangat laju, cara lecturer yang pangkatnya Dr. / Prof mengajar cara masing-masing. So, apa-apa pun kita kena cepat jangan hanyutlah sebab ya memang bebas dan susah sikit nama pun degree kan.
===================================================================================
SEMESTER 2
Chemistry Inorganic.
-Masih lagi berjumpa chemistry tapi ia hanyalah inorganic iaitu hanyalah kira-kira tiada naming lagi. Keadaan menjadi semakin susah bagiku sebab inorganic la paling aku tak suka waktu matrik. Nak tak nak kena teruskan hidup yang lara ini. Sama saja susah senang bergantung atas diri sendiri sebab kalini ya lebih banyak chapters kena belajar. Macam matrik / form 6 jugaknye punn. Subjek ni ada kuliah dan tutorial 1 jam seminggu sekali.
-Skor: Alhamdulillah walaupun tabiat sama macam sem 1 suka ponteng dan menguap sentiasa masih lulus dan tidak perlu jumpa lagi di semester 3 horayyy!
Genetic.
-Genetic ni belajar pasal mutation la chromosome semua tu pastu replication of DNA lah semua tu lah. Tapi ofcourse lagi mendalam. Walaupun subjek ni kegemaran jugak tapi jangan senang sangat sebab bila final soalan bukan main nak nanges walaupun waktu kuliah duduk belakang sambil makan kek coklat lagi. Subjek ni ada kuliah tiada tutorial. Buat latihan sendiri.
-Skor: Lulus walaupun bukan A tapi alhamdulillah :)
Biochemistry.
-Satu lagi subjek killer yang killer macam bersiri sangat! Entah bagi aku subjek ni sangat susah eh tak la sangat tapi susah jugakla. Rasanya sebab kita kena hadam sangat banyak dalam masa yang sangat singkat. 4 bulan kot sebelum final. Tapi takpa jangan takut di mana ada kemahuan di situ ada jalan ye adik-adik. Subjek ni belajar pasal amino acid, carbohydrate pastu ada lagi dah lupa huwaaaaaaa. Juga sama macam matrik tapi lagi banyak benda baru nak belajar. Subjek ni ada kuliah tiada tutorial. Buat latihan sendiri.
-Skor: Berkat doa dan usaha lulus juga :)
Programming.
-Actually, untuk subjek ni kita kena pilih sama ada programming atau calculus. Memandangkan aku sejak azali hatechuuu maths, aku pilih programming. Ye lah kan sebabnya dekat matrik dulu pernah ambil so bajet pandai senang lah konon. Bila belajar entah kenapa sambil menangis haha susah woii! Walaupun ada juga sama macam matrik dulu kena buat program macam if else, #include <iostream> tapi kalini kalau macam game candy crush wow level 100 kot haha. Time exam selak kertas pastu jawab sambil nangis menyesal kenapa waktu kuliah selalu makan kek coklat jugak! Subjek ni ada kuliah dan (lab 2 atau 3 jam lupa) seminggu sekali.
-Skor: Alhamdulillah, aku berjaya luluskan subjek ini dengan jayanya! Tak susah pun kalau selalu pegi lab pastu buat latihan lab tu sebab soalan exam sama je macam latihan lab.
Lab Genetic & Biochem.
-Kalini kita ada lab pulak. Sama saja macam masuk lab kena lukis, pastu main observe mikroskop pastu buat lab report minggu depan hantar. Cumanya lab ni kalau minggu ni genetic minggu depan biochem pulak. So take turn la sorang seminggu sekali. Jangan risaulah aku rasa waktu lab paling enjoy! Seminggu sekali untuk tempoh 3 jam.
-Skor: Kalau kita fokus buat apa yang waktu lecturer suruh kalau kena potong bawang observe tu betul-betul pastu lab report selalu hantar gerenti A lah!
TITAS
-Titas atau tamadun islam & tamadun asia, sama macam keusahawanan subjek uni wajib ambik kalau nak graduate. Subjek ni kita belajar pasal tamadun india, melayu, cina ala macam belajar sejarah balik ja. Skor lah bebetul walaupun boring hehee sebab boleh bantu pointer kita ya. Kuliah ni waktu pagi so memang hazab lah nak bangun kan. Hanya 2 jam seminggu sekali tiada tutorial. Buat latihan sendiri.
-Skor: Jenis yang fokus dia ajar pastu catit bukan jenis fokus dengar lagu earphone kawan pastu suruh kawan mainkan candy crush sebab stuck level macam aku gerenti boleh A wa cakap lu. Saya lulus dengan baik dan jayanya dong walaupun!
=======================================================================================
OVERALL: Bagi aku semester dua walaupun subjek dia semakin tough tapi kita dah biasa macam mana kehidupan / cara belajar in shaa Allah everything is okay! I did my best too. Alhamdulillah pointer naik sikit la dari sem 1 tapi i ll try the best untuk semester 3 ini.
========================================================================================
SEMESTER 3
Untuk semester 3 bulan 9 ni, ni lah subjek yang bakal aku tempuhi. So, buat kos biologi (tulen) semester 3 kita kena pilih major so taklah kita hilang arah nanti kan. Wah! Major yang ditawarkan adalah mikrobiology, zoology & botany. Rasanya kalau pointer baik maka pilihan awak tu akan dapat in shaa Allah. Dan aku telah pun berjaya (ayat mau gempak je) dapat major yang aku nak iaitu microbiology. Alhamdulillah. Mari kita pecah kepala lagi! Oh ya major untuk biologi (gunaan) adalah berbeza. Rasanya ada biotech, vector, environment dan lagi dua tak ingat.
Okay, itu saja yang nak dikongsikan. Semoga dapat lah kan sedikit info apa dan berkaitan apa yang nak belajar nanti. Anyway goodluck dan semoga berjaya untuk result UPU & USM! Kalau jumpa nanti please kasi kek coklat ye! :)
Maaf boleh sy tahu berapa pointer yg diperlukan utk melayakkan diri dlm kos ni bg lepasan matrik
Nuru Azida,sy tlg jwbkn soalan ni ya.. sy dpt info tntg course ni di jom masuk u di matrik sy sbb sy pun student matrik skrg.. syarat nk masuk course ni kena pointer 3.00 above dn MUET band 3.. subjek biologi kena 3.00.. insyaAllah.. Nurul Azida matrik mana ya?
@Nurul Azida: Ya, betul dengan apa yang muhd asyraf cakap. Sama sebijik hehe. Btw, goodluck korang kalau nak ambik kos ni yeee.
kelayakan mmg xberubah ye utk lepasan matrik..3.00 dan band 3..sy agak risau..sy just dpt 3.39..keputusan final matrik x keluar lg..masih tunggu keputusan yg akan diumumkan pd 10 jun nanti..
Peruntukan bilangan pelajar biologi tulen usm lebih kurang berapa orang ye ?
@fyqa tyra jangan risau kalau ada rezeki dapat lah. Just doa je ye hope to see u as my junior cewahh :)
@Amira Tarmizi tak sure pulak berapa orang since dah tukar format untuk dua sem ni. Tapi dulu batch 13/14 rasanya bio tulen dalam 130 orang.
Owh.. ok terima kasih
Owh.. ok terima kasih
Salam, ada pertanyaan. Saya dapat offer daripada usm, kos biologi gunaan. Kampus dia dekat mana eh? And apa prospect kerja kos ni?
11 Ogos yg lalu. Keputusan UPU/USM keluar . Alhamdulillah dapat course ni di USM dan UKM pun sama dapat Biologi . Tapi 4 tahun belajar kat USM . Mmg betul dah dirombak balik . Just nak tanya , abg masuk Sem 3 baru dah ade major . Major tu macam mana ? Pengkhususan nak pilih kerjaya dalam bidang Biologi ke ? Mohon penjelasan .....
11 Ogos yg lalu. Keputusan UPU/USM keluar . Alhamdulillah dapat course ni di USM dan UKM pun sama dapat Biologi . Tapi 4 tahun belajar kat USM . Mmg betul dah dirombak balik . Just nak tanya , abg masuk Sem 3 baru dah ade major . Major tu macam mana ? Pengkhususan nak pilih kerjaya dalam bidang Biologi ke ? Mohon penjelasan .....
alhamdulillah dapat kos ni di USM. :))))))
Salam. Macamana kalau sy dpt kos biologi but then nk tukar kos bio med. Ada peluang ke?
Kalau muet band 2 lepas tak???
@Adam Hawa, maaf kalau yang tu tak pasti pulak.
@eerun jamal, hmmmm tu pun tak sure. Rasanya at least muet band 3 kot. Tapi subject english wajib kat usm
Saya dpt band 3 muet, pastu retake and result x kluar lagi, pendaftaran kos bhasa dibuat before reault retake muet kkuar, so nk isi lmt 100 ke dulu or tunggu result muet dulu?
Saya dpt band 3 muet, pastu retake and result x kluar lagi, pendaftaran kos bhasa dibuat before reault retake muet kkuar, so nk isi lmt 100 ke dulu or tunggu result muet dulu?
boleh saya tahu minor apa yang sesuai dengan subjek ni??
THIS IS CRAZY.... TETIBA RASA NAK GILA BACE BENDA NI.....
senior,boleh tak tanya lepas graduate senior continue study ke? kerja?
Slmm...untuk pilih mjor pda thun ke-3 ...ada inferview diperlukan ke?