CRUISE !

| |

Assalammualaikum!

Haha. Sebenarnya cuti atas cruise nih dah lama. bulan 5 tu kot? dah gtau nak update entry terdahulu tapi telupa pulak haha. Tak apa lah, sekarang nak mengimbau kenangan atas kapal besar yang memberi ketenangan pada jiwa dan raga ueekkk ayat tak bole belah. Time nih aku keja part time lg sebelum masok matrik. So, mintak cuti lerr yess! diluluskan haha. Time nih sehari je atas kapal around Malaysia diorang bawak.


 Makan dekat Padang Kota lepak2 dulu.

 Lebih kurang macam airport la sebelum check in masok. Lepas tu nak dijadikan cerita, adik aku pulak telupa bawak kad pengenalan! Tepaksa pecut balik ambik kat rumah! nasib baik sempat belum berlepas kapal!

 Time nih semua budak-budak dah naik so apa lagi ponteng kerja punya badut pink!

 Dad with his friends.


Bilik dia sungguh comel kecik je. Ala-ala macam bilik titanic tuh. Eh ye ke? Bukan-bukan macam kecik comel je. And before tu, rasa memang xnak ambik bilik sebab nak lepak angin luar je, tengok persembahan kononya lepas tu smua mengantok haha.





 Oh, swimming pool! rasa macam nak mandi tapi segan ramai tengok hewhew saya malu lah hewhew. Ingatkan xdaklah banyak sangat orang nak naik kapal besar nih, tapi banyak gila kot pelancong-pelancong asing yang naik yang banyak rasa macam dari China lah.





Fuhh, memang gayat gila bila lepak tepi-tepi tengok bawah kat laut. Tapi memang best lah berangin sejuk serius siapa yang nak ketenangan sila lah datang naik nih. Rasa sendiri :)


 Kakak sempat lagi kan!




Lepas tukar-tukar baju semua, aku, kakak ngan adik aku turun plus melepak lagi kat luar tuh. Gila tak kan nak teperap dalam bilik je kan so keluar lah kami bertiga. Tapi diorang memang sediakan macam-macam aktiviti untuk keluarga lah. Kiranya tengok je kat kertas diorang bagi kira macam penuh je aktiviti macam petandingan karaoke lah show lah.






Haaa nih kat tempat ptandingan karaoke tuh, Ramai kot org menyanyi sedap-sedap tak jadi aku nak masok nyanyi dah la nak pilih lagu siti ja sebab lagu orang tua lagi aku tak tau pastu malu pulak so tepaksa mengundur diri dengar org nyanyi plus makan =,=



Lepas tu kononya nak exercise lah kat gym diorang tapi tak bawak pulak pakaian sukan. So tak boleh lah nak bersihat kan diri ayat kau hafifi kena tusyen BM balik! Kat sini semua bukak sampai pukul 6 pagi. So, macam sapa sapa xnak tidur boleh la main semua benda nih.


Pada keesokan pagi nya, semua siap-siap sarapan bertentangan dengan laut gila wehh. Cantik kot! rasa macam nak bina rumah atas kapal je. Makanan dia pagi tuh oklah banyak pilihan tapi taklah menarik sangat just untuk mengisi perut kan. 









Yang nih, time pagi-pagi diorang crew kapal adakan senaman pagi lah kiranya. Ada la jugak makcik2, abang2 gagah yang join. Aku nak pegi ngan tapi adik aku xnak! Orang ajak sihat pun xnak ka? Tapi ok lah satu pengalaman yang menarik bila bole tiba-tiba bayang nak jadi ala-ala pelakon romantik tuh cita Titanic! HAHA.

Serius beb memang ahh enjoy gila time besama family. Kepada sapa-sapa nak naik kapal Cruise nih aku rasa pelabuhan ada satu kat Penang satu lagi kat Klang kot. Okbai.

2 Responses on "CRUISE !"

  1. Unknown says:

    best jugak laahh ;)hehehe

Post a Comment