YEAYYY..AKHIRNYAAA

| |

Assalammualaikum,


Aku rasa kalau aku jadi bapak gerenti anak2 lari rumah, itulah perumpaan yang sesuai bagiku sebab telah membiarkan blog suam suam kuku ni tak bernafas. Maaf semester 3 matrik dah start! Busy yang amaaattt! Dah sebulan yee hehehe -_____-

Isnin lelepas (tengok punya la lama dok dalam draft padahal sebulan lepas) aku ngan adik, mummy ngan cousin aku kitorang pegi Bukit Merah waterpark. Sesaja boring2 duduk rumah plus cuti sekolah. Kononnya pegi nak lepas geram lahh sebelom esoknya result sem 2 keluar . Btw, Alhamdulillah aku lulus dan pointer pun naik alhamdulillah dan alhamdulillah dapat sambung semester 3 kalau tak gerenti kena buang rumah -___-


Aku rasa memang tiap2 taun sekali mesti datang sini sebab tempat feveret dari kecik lagi family kitorang suka bawak main sini heee. Lagipun dekat je dari Penang 45 minit macam tu. Tapi time aku drive tu rasa macam 30 minit dah sampai maybe darah yg mengalir memang yang jenis suka drift atas jalan raya satu family heeee.



Sebabnya best datang lepak-lepak sini sebab dia dikelilingi macam hutan, pokok semua rasa macam haaaaaa tenang gila hirup sana bau pokok hirup sini bau pokok hirup hirup air kolam pulakk..


Sampai sini ingatkan ramai orang sebab cuti sekolah kan tapi bole la tak ramai sangat. Tak la penuh sampai sesak just sesedap rasa kata orang haaaaa. Plus harga tiket dia dah turun kot sekarang RM29 sorang dewasa yang waras hamboiii! dulu rasanya lagi mahal kot. Tapi ok-oklah.



Hoi mandi sini dah terbakar kulit-kulit yang tak berapa nak cerah nih. Bayangkan kitorang mandi  manda pukul 2 petang sampai ke petang lah. Maunya tak terbakar kulit. Ok apa yang menarik kat sini dia ada macam kerusi terbang tu haha ala taknak main air diorang ada.




Ada jugak boomerang nih fuhhh aku cakap kalau suka nak rasa adrenaline begerak laju seluruh tubuh sila lah cuba. Perghhhh perasaan time abang tuh tolak turun rasa macam nak naik balik penampaq abang tuh sebab grrrrrrrrr..tapi memang powerr lahh!


Kalau yang taknak mandi tuh kat sini ada jugak taman or tempat tengok orang utan diorang ada. Korang macam kena naik bot ke pulau tersebut amboihh. Datang dulu tengok list of aktiviti ada kat sini memang best.



See, tempat redup dirimbuni pokok-pokok menghijau. Rasa macam nak buat rumah tido sini hamboih melampau sampai nak tido dalam air padahal ada je chalet atas air, hotel lagi kat sini. Tapi kitorang tak tido sini pun just gi sehari je. And yes ada jugak chalet atas air yang memang gempak tenang habes.



Tengok ganas tak kitorang mandi pun sempat nak bergambar sampai orang belakang tuh dok usha-usha hehe. 


Adik dengan abang adik yang pendek dari adik yang berumur 16 tahun kalah abang yang umur 19 tahun. Haa jelesss..




"Tengokkkk ada buaya batu-darat!" Yesss! Mengalahkan budak tecikkk hewwwww...





So, kepada sesiapa yang punyai ke"seteres"an datang lah lepak-lepak sini main kau puas-puas sampai kecut jari kaki rambut semua.


========================================================================


Semester 3 kat matrik dah bermula, so tinggal lagi 1 semester iaitu bulan 4 ja lagi. Serius, subjek semakin susah sampai kepala hotakk sengett. Dan juga semester 3 bermakna masuknya junior-junior baru yang macam-macam ragam yang dapat lihat.


Btw, doakan semoga kejayaan dan ketenteraman selalu mengiringi aku ewahhh :)


12.7.2012, Penang Golf Resort, Empat jejaka, dinner Sc Comp, lepas kuliah, busuk comot omot semua..

0 Responses on "YEAYYY..AKHIRNYAAA"

Post a Comment