AYUH! SARAPAN SIHAT HARI EXAM :)

| |

Assalammualaikum,

Yeay, Alhamdulillah! Akhirnya exam mid sem dah tamat. Which mean, ia merupakan mid sem terakhir aku kat matrik Penang. Sudah sekian lama aku berjuang habesan tiba yang terakhir kali ke 4! Dua tahun amik mid sem exam 4 kali perghhhh. Nasib akhir dah heeee. Oklah sekarang ni bole aku fokus exam final pulak bulan 4. Btw, exam kali ni mmg gempak ahh. First time aku jawab semua soalan Chemistry sampai habes! Walaupun sebelum ni aku jawab ciput ja hahaha.
Overall, everything was good. Alhamdulillah. 

Actually, aku dengan roomate aku, Syakir, kalau nak exam ja mesti kami akan tidur awal dalam pukol 10 malam pastu bangun awal dalam 5.30 pagi, (awal la sangat ahakss!) Cewah, kiranya nak dapat tidur yang cukup dan dapat lah ilmu masuk pagi2 fresh kan. 

So, hari ni nak cakap pasal breakfast. I just read an article said that breakfast is just like king! Tengok betapa pentingnya breakfast buat kita cewah. Lets see what is the menu:-


29 Januari 2012 (SELASA)
MENU : Breakfast ala Barat (bajettnyewwww)

Bangun, gosok gigi, pastu terus study dulu. Lepas solat subuh baru kitorang prepare breakfast. Breakfast ala-ala Barat tak jadi nih sangat mudah di sediakan amboih macam rancangan memasak. Bahan-bahan :- Roti, Kaya, Tuna, Milo, Hershey.

Basically, semua vitamin, tenaga, mineral, semua complete dalam satu breakfast. So, taklah kita lapar time jawab exam nanti iaitu jam 9 pagi. Lagipun amatlah berpatutan sebab setengah keperluan bahan ambil dari rumah seperti roti, Hershey & alat pembakar roti. Ahaks! Hoi pelajar kena belajar berjimat yaa.


Tadaaaaaa~
ini juga harus ada kalau nak sarapan ala Barat heee.

Senang ja buat just sapu kaya, then ratakan with tuna dah tuang sedikit Hershey sebagai perasa tambahan. Bakar selama 2 minit dan hidang bersama milo panas dan tadaaa siap di makan.


Nyum..Sedap terbayang.
Kesimpulannya :-

Yes, memang lazat dan tak lapar time jawab exam jam 9 pagi tuh. Tapi, ada tapi ya di situ, time preparing buat breakfast, Syakir dia ragu-ragu dengan campuran aku tuh so dia just buat roti bakar half tuna and kaya tapi tak dak Hershey. Guess what, dah la exam 1 jam, Math pulak tuh, 9.30 pg aku sakit perut yaaa! Sakit perut! Haha. Bergegas cari toilet ya di situ aku nampaknya! Nasib sempat siap Math hehe. Pesanan: Sila buat campuran roti yang lebih sesuai ahaks!


30 Januari 2012 (Rabu)
MENU : Breakfast ala Kampung.

Selepas kejadian kemarin, kami nampaknya lebih berhati-hati dalam membuat pilihan breakfast dan telah memilih tema kembali ke bumi yang nyata iaitu kampung sendiri.  Sebenarnya lama jugak kitorang pikir apa nak makan roti dan biasa dan last sekali tadaaaaaa..

Bubur cup dan telur separuh masak bersama milo panas perghhhh.

Malam tuh kami beli siap-siap bubur cup kat koperasi sebab mesti kena pilih sarapan yang kenyang-murah. Dan thanks to Syakir sebab telur dia ambik kat bilik dia kat atas dan alat merebus telur which sangat senang nak masak wajib beli satu. Beli Knorr bubur sebab sedap kot. Lepas tu minum milo dan tambah Hersheys dalam tuh sikit. Perghhh rasa milokelat panas~
Walaaaaahhh!
Kesimpulannya, tiada sakit perut lagi dan jawab exam smoothly tanpa ada sebarang masalah! Hidup breakfast ala Kampung! Yehaaaaaaaaa.

31 Januari 2012 (Khamis)
MENU : Breakfast ala Campuran.



Ok, sampai ja hari terakhir exam taktau pagi tu nak breakfast ala apa lagi. Nak buat ala Thai takkan aku nak rebus tomyam kot pagi-pagi buta. Nak beli maggi tak bagus sebab exam. So, malam tuh ke koperasi cari lagi benda apa yang boleh buat kenyang perut. Pusing punya pusing tadaaaaaaaaaaa...

koko krunch, honey stars, mi sedaaap, milo panas dan peel fresh power veggies
Sebenarnya, mi sedaap tuh bukan buat breakfast pun buat makan untuk malam tengok movies haha. So, kami buat milo panas dan campur koko krunch & honey stars ja. Simple tapi kenyang. Lepas tu, aku suka minum peel fresh power veggies sebab sedap dengan kenyang ja lepas minum. Kesimpulannya, tetap tiada sakit perut lagi dan jawab exam dengan tenang dan selesa. 

So, tamat lah sudah exam kitorang. Alhamdulillah semua baik. Syukur. Aku nih kalau nak breakfast pagi-pagi kalau makan benda berat konferm masok keluar toilet ja keja. Haha. So, kepada sesapa pelajar yang nak exam pastu nak breakfast sila ikut menu kami tapi jangan sampai jadi macam aku. Haha. 

Aaaaand sekarang cuti seminggu! Nak tengok korean drama lah. Apa yg best sekarang?? :)

The table :)

 "To become an able and successful man in any profession, three things are necessary, nature, study and practice."

Henry Ward Beecher .













14 Responses on "AYUH! SARAPAN SIHAT HARI EXAM :)"

  1. Unknown says:

    @luqman: Mestilahh sedappp :)

    wah.... banyaknye makanan.. follow you!

    faY says:

    tgk gmbo mmg berselera tp selalu pg2 tak brape lalu nk soru

    Unknown says:

    @shaz mizah- hehe. tu laa lapar jugakk tgok balik hehe.

    Unknown says:

    @hannah- hehehe. thanks. i'll follow u back :)

    Unknown says:

    @fay- ya kaa. sama mcm kwn, dia xsuka makan pg tp paksa jugak sbb nk exam hehe

    Unknown says:

    memg sedap..simple & cepat hehe

    Unknown says:

    @azimah- yup! senang untuk nak gi exam cepat2 hehe

    siap ader ridsect skali tuh....nk sembur nyamuk smbil mkn ker?..hehe

    Unknown says:

    @hunny berry- hehee.ridsect untuk nyamuk yg bermaharajalela sekarang nihhh!

    lagi satu, dinner pun sila jaga makan okay.
    Aku ada pengalaman dinner ape ntah malam exam UPSR, seronok jer aku sakit perut amek paper sains.. huhuhu
    tak memasal slek result UPSR aku.. huhuhuhu

    Unknown says:

    @razil- seriusly! Haha. Aku nasib baik lahh soalan math tu dah buat setengah kalau x mmg menangis lah. hehe. Ala. UPSR xpa la kan. Mesti SPM gempak gila kan :)

Post a Comment